Kelab Serie A, AS Roma hampir pasti menandatangani penyerang muda England, Tammy Abraham yang berada dalam senarai pemain pemain yang akan dikeluarkan oleh Chelsea. Pemain berusia 23 tahun ini juga turut diintai Atalanta dan Arsenal.

Jose Mourinho juga dilaporkan berminat untuk mendapat penyerang Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang yang dilihat gagal mendapat tempat sepanjang Mikel Arteta mengambil alih tugas yang ditinggalkan Arsene Wenger.

 


Gergasi Ligue 1, Paris St Germain (PSG) tidak lagi meletakkan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Manchester United, Paul Pogba selepas mendapatkan Sergio Ramos dan dalam ‘fasa akhir’ untuk mendapatkan Lionel Messi.

 

Penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku dijangka membuat penampilan sulungnya bersama Chelsea dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace pad Sabtu.

 

 

Manchester United mengesahkan pertahanan Perancis, Raphael Varane akan membuat penampilan sulung bersama The Red Devils dalam aksi pembukaan EPL pada Sabtu menentang Leeds United.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer juga dilaporkan bersedia untuk melepaskan Anthony Martial kepada Inter Milan dengan nilai £50 juta. Inter Milan mensasarkan pemain ini sebagai pengganti ideal kepada Romelu Lukaku yang berhijrah ke Chelsea.

 

Malah, spekulasi awal media tempatan turut mengesahkan United berminat untuk mendapatkan penyerang Barcelona, Antoine Griezman. The Catalan terpaksa melepaskan beberapa pemain sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah kewangan kelab itu.

 

Gergasi Bundesliga, Bayern Munich mungkin bercadang untuk mendapatkan pemain veteran, Franck Ribery yang menjalani latihan bersama kelab itu selepas meninggalkan Fiorentina.

 

 

Pengarah Sukan The Bavarians, Hasan Salihamidzic juga mengesahkan kelab itu berhasrat untuk mendapatkan penyerang daripadsa kelab seterunya Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland 

 

Pemain sayap Manchester City Raheem Sterling bersedia untuk mengadakan rundingan memperbaharui kontraknya bersama kelab itu. Spekulasi awal sebelum kempen EURO 2020 bermula, pemain berusia 26 tahun itu mahu meninggalkan The Citizen selepas enggan memperbaharui kontraknya.

Pengurus Tottenham Hotspurs, Nuno Espirito Santo akan mengadakan perbincangan dengan penyerang kelab itu, Harry Kane untuk terus kekal bersama Spurs. Pemain berusia 28 tahun itu sedang diintai Manchester City dan Manchester United.

 

- Advertisement -