Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua bagi kumpulan A membuka tirainya hari ini di Akademi Badminton Perak, Meru, Perak.

Seramai 217 pemain melibatkan negeri Perak, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka bakal berentap melibatkan kategori bawah 12, 14 dan 16 tahun.

Kejohanan melibatkan kategori perseoragan dan bergu lelaki serta perempuan.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Perak (PBA) merangkap Pengarah Kejohanan 100PLUS JET 2022, Mohamed Zambri Bahari berharap pusingan kedua yang berlangsung di Perak akan lebih sengit berbanding pusingan pertama yang berlangsung di Kuala Lumpur pertengahan Mei lalu.

“Bagi saya, potensi dalam kumpulan A ini ada di dalam kumpulan bawah 14 tahun lelaki dan perempuan. Permainan mereka boleh dianggap sangat baik dan mempunyai kualiti malah boleh diketengahkan untuk diserap ke dalam Petronas Akademi Badminton Malaysia,”kata Zambri

Malah, Perak selaku tuan rumah juga tidak mahu menjadi pelengkap jadual dan turut meletakkan sasaran tersendiri minggu ini.

“Saya berharap gandingan jurulatih berpengalaman, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari dan Wong Pei Tty kita berharap objektif untuk pergi ke final bagi acara bergu lelaki bawah 12 dan 14 tahun, bergu wanita bawah 14 dan 16 tahun.

“Ketika di pusingan pertama, kita meletakkan sasaran yang sama tetapi situasi pandemik Covid 19 sedikit menjejaskan persiapan pemain dan masih belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan,”kata Zambri lagi

Bagi saingan perseorangan lelaki, empat pemain yang diletak selaku pemain pilihan diberi ‘bye’ ke pusingan kedua.

Pilihan pertama, Au Wei Shan (Selangor) akan menentang wakil tuan rumah, Diong Xhe Ming yang menundukkan Lim Xian Yang (Melaka) 21-17, 21-4.

Pilihan kedua dari Selangor akan menentang Ee Jian Han Ryan (Melaka) yang mencatat kemenangan 22-20, 21-11.

Perseorangan perempuan pula menyaksikan pilihan pertama dari Selangor, Eng Ler Qi akan menentang Ngui Jun Yi (K Lumpur) yang menang ke atas wakil tuan rumah, Putri Nurirdina Sufiya Muhd Suib 21-10, 21-17 manakala rakan sepasukan  Ler Qi, Sheyeon Wong E-Shwen akan berdepan wakil Kuala Lumpur, Li Xien Lee. 

Kesemua 14 negeri dipecah kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi 100PLUS JET Pusingan Kedua, negeri Kedah akan menjadi tuan rumah bagi kumpulan C sementara Perak akan menjadi hos bagi aksi melibatkan empat negari yang berada di dalam kumpulan A sementara N Sembilan menjadi hos melibatkan aksi kumpulan B.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi Pusingan 1, Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C telah berlangsung dari 11 hingga 15 Mei lalu.

Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun lelaki dan wanita.

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.

- Advertisement -