Print

By Ku Mohd Lufti

Hasrat Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia  di Bangkok, Thailand tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada China.
Malaysia yang juga naib juara Kumpulan C, ketinggalan apabila beregu campuran Soh Wooi Yik-M. Thinaah tewas 11-21, 14-21 kepada pasangan He Jiting-Du Yue.

Pemain perseorangan lelaki yang menduduki ranking ke 547 dunia, Lee Zii Jia untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila pemain ranking ke-270 dunia, Sun Feixiang menewaskannya 21-13, 21-18.

China yang juga juara Kumpulan A, mengesahkan tempat di separuh akhir apabila pasangan beregu lelaki negara, Chen Tang Jie-Hoo Pang Ro tunduk 15-21, 14-21 kepada Han Chengkai-Zhou Haodong dalam masa 25 minit.

Malaysia memulakan kempennya dengan baik apabila membelasah Taiwan 4-1 dan Mongolia 5-0 sebelum tewas 1-4 kepada Indonesia dalam aksi peringkat Kumpulan C.

Di peringkat separuh akhir nanti, China akan berdepan Jepun yang menewaskan India 3-0 dalam satu lagi aksi suku akhir.

- Advertisement -