Pasukan yang berpengkalan di pantai timur Terengganu FC mengesahkan slot ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas mengungguli kumpulan A.

Terengganu FC meraih tiga mata penting selepas tewas kepada  Perak 1-2 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah , Kuala Terengganu, sekaligus berkongsi 10 mata dengan Perak yang menghuni tangga kedua selepas beraksi lima perlawanan.

Perak kendalian Mehmet Durakovic mendahului tuan rumah di minit ke 20 menerusi penyerang sesnsai, Gilmar da Silva susulan kealpaan benteng pertahanan Terengganu FC.

Irfan Bakti menarik nafas lega seketika di babak kedua selepas Mohamad Ashari Shamsuddin menyamakan kedudukan untuk Terengganu FC di minit 65.

Namun, Gilmar da Silva menutup sisa perjuangan Sang Penyu apabila menyumbat gol kedua untuk Perak di minit ke 86 untuk memastikan The Boss Gaurus pulang dengan tiga mata. 

Tangga ketiga milik Felcra FC yang mengumpul lima mata sementara Kuala Lumpur menghuni tangga tercorot dengan hanya tiga mata berjaya diraih. 

Dalam pada itu, satu lagi aksi kumpulan A berlangsung melibatkan  Felcra FC yang turut meraih mata penuh selepas mengalahkan Kuala Lumpur 4-3 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA). 

Felcra mendahului 2-0 menerusi Abdul Azim Rahim (minit ke 20, 43), namun Guilherme de Paula merapatkan jurang gol di minit 60.

Nazrul Kamaruzaman menjadikan kedudukan 3-1 untuk Felcra FC di minit 68, namun Kuala Lumpur kembali merapatkan jurang selepas pemain pertahanan Felcra FC Zainudin Abidin tertampan bola ke gawang sendiri di minit 74.

De Paula menyamakan kedudukan 3 sama untuk Kuala Lumpur selepas menyudahkan sepakan penalti di minit 82, namun David Laly memastikan tiga mata milik Felcra FC dengan gol keempat seminit kemudian.

Sementara itu, turut mengikut jejak Terengganu dan Perak ke suku akhir ialah Sabah yang menjadi pendahulu Kumpulan D dengan mengumpul 13 mata selepas menewaskan PKNP FC 2-0 pada aksi di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan.

Gol pertama Sabah dihadiahkan oleh pemain import dari Serbia, Rodoljub Paunovic pada minit ke-30 dan seorang lagi pemain import dari Puerto Rico, Hector Ramos pada minit ke-81.

 

- Advertisement -