Aksi pembukaan Liga Malaysia 2021 menyaksikan penguasaan Johor Darul Takzim (JDT) apabila menjulang trofi Sultan Haji Ahmad Shah selepas menundukkan Kedag Darul Aman FC 2-0.

JDT jelas menguasai perlawanan Piala Sumbangsih hari ini di laman sendiri dan memaksa pemain pemain pelawat lebih banyak bertahan.

Tuan rumah hampir mengegar gawang KDA FC menerusi Gonzalo Cabrera namun rembatannya sekadar menggegar palang gawang pelawat yang dikawal Ifwat Akmal Che Kassim.

Kedah Darul Aman FC juga hampir didepan namun percubaan Tchetche Kipree berjaya menewaskan Farizal Marlias namun palang meranapkan impiannya untuk meletakkan pelawat didepan.

Asakan bertali arus tuan rumah yang beraksi di Stadium Sultan Ibrahim akhirnya membuahkan hasil di minit ke 35.

Gol disumbang Safawi Rasid yang menggegar gawang Kedah Darul Aman FC selepas melepaskan rembatan rendah melepasi jangkauan penjaga gol, Ifwat Akmal untuk JDT didepan 1-0.

Kedah Darul Aman FC semakin tertekan apabila terpaksa mengeluarkan penjaga gawang utama Ifwat Akmal serta Rabih Ataya sekaligus menjejaskan corak permainan pelawat.

Peluang ini dimanfaatkan JDT yang terus mengasak kubu pertahanan KDA FC. Rembatan luar kotak penalti oleh Natxo Insa diminit ke 67 terbias pemain Kedah sebelum menerjah gawang KDA FC sekaligus meletakkan JDT selesa dengan 2-0.

Tiada jaringan tambahan dilakar menyaksikan Piala Sumbangsih terus kekal di bumi Johor untuk kali keempat.

“Kami perlu terus kekal dahaga untuk meraih kemenangan. Pemain pemain menunjukkan prestasi yang baik hari ini dan kami berterima kasih kepada Tunku Ismail diatas kejayaan ini.

“Ketika kami bertahan atau menyerang, kami akan bermain sebagai pasukan,”kata Benjamin Mora

 

 

 

 

 

 

- Advertisement -