Hari ketiga kejohanan AEON Credit Purple League Junior 2020 (ACPLJ 2020) menyaksikan hampir kesemua pilihan utama meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

Antara aksi hebat pusingan ke-16, menyaksikan pilihan utama perseorangan wanita Bawah 15-tahun Sarah Ngu Xian Meow dari Cheras BC melangkah ke pusingan lapan terakhir setelah mengenepikan cabaran rakan sepasukannya Nurul Athirah 3-1.

Gadis tinggi lampai, Sarah berkata dia berpuas hati dengan persembahannya dan kelebihan pernah beraksi menentang rakan sepasukannya, memberikannya keyakinan untuk mencatat kemenangan.

“Saya tidak dapat beraksi secara kompetitif untuk lebih setahun dan saya berharap dengan lebih banyak perlawanan saya boleh menemui rentak saya dan kembali ke tahap saya,” kata Sarah yang memiliki ketinggian 175cm.

“Saya akui wujud tekanan pada diri saya, setelah dinamakan sebagai pilihan utama tapi saya tetap yakin untuk beraksi dengan cemerlang untuk merangkul kejuaraan.”

Pilihan utama wanita Bawah 18-tahun, Isabel Liau Bei Yi dari AKBC, juga mara ke suku akhir tetapi dia terpaksa berkerja keras sebelum mengetepikan cabaran Teoh Ju Kee dari Aman Jaya BC untuk bangkit menang 11-7, 10-11, 8-11, 11-5, 11-4.

Kemenangan sengit pada kategori perseorangan memberikan kegembiraan berganda kepada Isabel, yang terlebih dahulu turut mara ke pusingan suku akhir beregu campuran.

“Saya gagal mengawal perlawanan pada peringkat awal… jurulatih saya mengingatkan saya untuk mempercepatkan rentak saya di gelanggang. Nasihat tersebut berjaya menjadi kunci untuk saya menewaskan lawan saya,” kata Isabel.

Isabel berharap untuk meneruskan rentak kemenangan dan bermula garang dari awal pada perlawanan seterusnya serta mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah untuk memenangi kejuaraan.

Seorang lagi pemain kategori perseorangan Bawah 18-tahun wanita, Tan Yan Yi dari Serdang BC mencuri tumpuan dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Gan Wan Yan, dimana dia memenangi set pertama 11-0 untuk bertemu Arieesya Sofea dari Bandar Bangi BC pada peringkat suku akhir.

Sementara itu, beregu pilihan utama lelaki Bawah 15-tahun, Tiow Shi Qin/Mohd Amirul dari Bayan Lepas BC menyingkirkan Alfred Teo/Ong Qi Fu dari Klang Rising BC 3-1 untuk mengiringi pilihan utama Bawah 18-tahun, Kenny Khew Han Yang/Mohd. Haris Sufian untuk mara ke pusingan suku akhir.

Kejutan terbesar pada pusingan ke-16, menyaksikan pilihan utama lelaki Bawah 15-tahun Chow Wern Soon gagal mara ke suku akhir selepas tewas mengejut kepada 1-3 kepada Tan Kian Wei dari JBBC.

Aksi separuh akhir dan akhir ACPLJ 2020 akan berlangsung esok.

Lepas BC mempamerkan aksi mantap untuk melangkah ke suku akhir.

Pertandingan Purple League Junior (PLJ) yang diadakan setiap tahun ini telah memasuki tahun keenam penganjurannya.

Tujuannya adalah untuk mencari dan mencungkil bakat muda baru dan menyediakan platform bagi pemain-pemain untuk mempamerkan bakat mereka, mendapatkan
pengalaman yang kompetitif, dan membina keyakinan diri dalam sukan badminton.

AEON Credit Service (M) Berhad telah bergabung sebagai penaja utama bagi Purple League Junior selama tiga tahun sejak 2019 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya dalam membangunkan bakat tempatan.

吴轩妙刘贝儿不负头号种子之名闯8强

永旺信用紫盟羽联青年赛进入第三比赛日,今天上半天完成了所
有项目的16强。
15岁以下女单率先登场,赛会头号种子蕉赖羽毛球俱乐部的吴轩妙在毫无悬念的情况下以3-1
击退队友努鲁阿蒂拉,晋级8强。
身高175公分的吴轩妙满意自己本场的表现,由于对手是队友,相互了解所以打起来比较果断
有把握。
“太久没有打球,希望通过更多的比赛找回状态。被列为头号种子肯定有压力,不过还是有信
心夺冠。”
爱极乐羽毛球俱乐部的18岁以下女单头号种子刘贝儿亦没有辜负其种子排列,成功晋级,不过
她赢得一点儿都不轻松,以11-7、10-11、8-11、11-5、11-4力拼5局才成功逆转实力不俗的阿
曼再也对手张若琦。值得一提的是,刘贝儿也打进了混双八强。
“一开始我被控制住,后来教练提醒我加快速度,我照着做并成功反制。”
经过这场比赛,她打算下一场一开始就坚持自己的节奏,并减少失误,向冠军前进.
18岁以下女单次号种子,沙登羽毛球俱乐部的陈妍妤以3-0轻取来自日落洞的对手,其中首局
让对手吞蛋,闯进8强迎战万宜市羽毛球俱乐部的艾莉莎。
同样在上半天进行的男双16强,15岁以下男双的头号种子,来自峇六拜羽毛球俱乐部的赵斯勤
/莫哈末阿米鲁3-1淘汰巴生羽毛球俱乐部的张钧烽/王富棋后,与18岁以下男双的头号种子邱
翰阳/哈里斯携手晋级8强。
昨晚的15岁以下男单周文顺头号种子周文顺,无法延续良好的状态,在16强以1-3不敌来自新
山的陈健伟,无缘8强。
2020永旺信用紫盟羽联青年赛将在今午进行所有10个项目的8强赛,明天上下半天则分别进行
半决赛和决赛。

- Advertisement -