Mohd Poad Md Kassim

Oleh Ku Mohd Lufti

Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim tidak mahu member tekanan kepada anak didiknya dalam menentukan samada mahu menyertai kejohanan Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland atau menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak.

Poad mahu anak didiknya, terutama Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan memberikan yang terbaik ketika bertanding.

“Terpulang kepada atlet itu sendiri, kalau mereka seronok untuk berlari di SUKMA saya akan sokong. Kalau mereka seronok untuk berlari di Poland, saya juga akan sokong.

“Saya rasa di mana mana kejohanan pun akan member saingan sengit kepada atlet atlet ini. Di SUKMA pun mereka mahu membuktikan sesuatu, iaitu memecahkan rekod dalam acara 100 Meter dan 200 Meter. Di sana (Ho Chi Minh) Khairul Faiz lakukan 21.01 saat. Kita haraplah mereka berjaya,” kata Mohd Poad.

Khairul Hafiz dan Badrul memutuskan untuk beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada Julai nanti sekaligus melepaskan peluang untuk beraksi di Kejohanan Remaja Dunia.

Dua atlet pecut ini mengesahkan kelayakan untuk beraksi di Kejohanan Remaja Dunia apabila melakar masa 10.50 saat dan 10.53 saat , melepasi masa kelayakan  yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Dunia (IAAF) , 10.55 saat ketika menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka UniMAP ke 4 Oktober tahun lalu.

Malah, Badrul dan Khairul turut mengesahkan slot bagi acara 200 Meter, turut sama layak R Kirthana (lompat kijang) dan Mohd Rizzua HAizad Muhammad (110 Meter berpagar ).

- Advertisement -