gifu

Oleh Muhammad Aiman

Skuad hoki negara memulakan siri latihan di Kakamigahara, Jepun dengan langkah kiri, tewas 1-5 kepada tuan rumah dalam perlawanan pertama dari enam perlawanan yang dirancang sepanjang tempoh perguruanā€™ di negara matahari terbit itu. Ā 

Malaysia turun dalam aksi pertama mereka selepas menamatkan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-25 pada April lalu di tempat keempat namun keputusan perlawanan itu belum boleh dijadikan ukuran sebenar kekuatan The Speedy Tigers apatah lagi ketua jurulatih Stephen Van Huizen kehilangan khidmat beberapa pemain tonggak.

ā€œSaya perlu akui pasukan ini kurang stabil secara keseluruhan kerana kita kehilangan pemain-pemain utama dan telah mencuba ramai pemain di luar posisi asal mereka untuk melihat apa pilihan yang kita ada. Jelas, ianya mendorong kepada aksi di bawah prestasi sebenar terutamanya di separuh masa pertama.

ā€œKita beraksi dengan lebih baik di separuh masa kedua, namun ianya masih tidak menepati standard diharapkan. Kita akan menilai semula prestasi, mengkaji di mana kesilapan kita agar dapat tampil dengan prestasi lebih baik pada perlawanan selepas ini,ā€ ujar Stephen dalam satu kenyataan dari Kakamigahara.

Malaysia bertandang ke Jepun, tanpa khidmat ketua pasukan Razie Rahim dan Nabil FIqri yang ketika ini menjalani latihan polis, serta pemain tengah Fitri Shaari, pemain pertahanan Faiz Helmi Jali, penyerang Shahril Saabah dan penjaga gol S.Kumar.

Pada perlawanan menentang pasukan ranking ke-16 dunia itu, Malaysia mendapat gol saguhati tunggal menerusi jaringan Norhizzat Sumantri lima minit sebelum tamat permainan, setelah ketinggalan 0-3 di separuh masa pertama dan 0-5 selepas 43 minit perlawanan berlangsung.

Pasukan negara akan mengharungi Jelajah Jepun selama 10 hari dengan perlawanan latihan kedua Malaysia ā€“ Jepun akan berlangsung pada Khamis, 9 Jun.

- Advertisement -