Foto – PKNS FC

 

 

Musim 2019 nyata menjadi tahun mencabar buat pasukan bolasepak PKNS FC yang perlu mengawal peruntukkan yang diterima bagi mengharungi Liga Malaysia.

Menerusi kenyataan media daripada laman rasmi pasukan itu, PKNS FC melakukan pemotongan bajet yang turut melibatkan pemain pemain dan ditetapkan secara siling.

Bagi mengharungi musim 2019, pengurusan The Red Ants memutuskan untuk mengekalkan 11 pemain termasuk seorang pemain import yang beraksi pada musim lalu.

Pemain pemain yang dikekalkan adalah;  
Muhammad Zarif Irfan bin Hashimuddin (Penjaga Gol) – 23 Tahun
Tauffiq Ar Rasyid bin Johar (Penjaga Gol) – 22 Tahun
Rodney Calvin Akwensivie (Pertahanan Tengah) – 22 Tahun
Mohamad Qayyum bin Marjoni Sabil (Pertahanan Kiri) – 24 Tahun
Nik Mohd Shahrul Azim bin Abdul Halim (Pertahanan Kanan) – 27 Tahun
P Gunalan (Pertahanan Kanan) – 37 Tahun
K Gurusamy (Pemain Tengah) – 29 Tahun
Mohd Faizat bin Mohamad Ghazli (Pemain Sayap) – 23 Tahun
Muhammad Alif Haikal bin Mohd Sabri (Pemain Sayap) – 23 Tahun
Muhammad Jafri bin Muhammad Firdaus Chew (Penyerang) – 21 Tahun

Daripada 11 pemain tempatan yang dikekalkan, lapan daripadanya merupakan pemain pemain yang berusia dibawah 25 tahun.

Manakala Romel Morales Ramirez merupakan pemain import yang dikekalkan untuk bersama pasukan PKNS FC bagi mengharungi musim depan.

The Red Ants pernah melakar kejutan apabila mara ke perlawanan final Piala FA pada tahun 2016 selepas menewaskan Perak 4-3 di peringkat separuh akhir.

Namun, The Red Ants yang dibimbing E Elavarasan ketika itu muncul naib juara selepas tewas kepada Johro Darul Takzim di pentas final.

- Advertisement -