Tuan rumah EURO 2020, Rusia sedang mempertimbangkan untuk memberikan vaksin kepada semua petugas kejohanan itu.

Ia merupakan perkara yang dibincangkan ketika mesyuarat jawatankuasa penganjur yang diketuai Alexei Sorokin dimana kebanyakkan perlawanan EURO 2020 akan berlangsung di bandar St Petersburg.

Ibu kota Rusia itu akan menjadi venua bagi empat perlawanan peringkat termasuk peringkat suku akhir.

EURO 2020 akan melibatkan 24 buah pasukan dijadual berlangsung pada bulan Jun selepas ditunda susulan penularan wabak Covid 19 tahun lalu.

Negara Rusia telah memulakan kempen program vaksinasi secara besaran menggunakan vaksin Sputnik V namun ia tidak dijadikan sebagai mandatori untuk semua penduduk di negara itu.

Keputusan akan dibuat selepas perbincangan serta mendapatkan pandangan daripada pihak berkuasa Rusia dijalankan.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Venue pertandingan UEFA Andreas Schar turut mengesahkan EURO 2020 akan tetap dijalankan  meskipun global sedang bergelut denga. pandemik Covid 19.

Schar juga memaklumka perancangan sedang dirangka dan yakin kejohanan itu akan dijalankan dengan lancar.

12 bandar di negara Rusia akan terlibat secara menyeluruh termasuk menjadi venue pertandingan sepanjang kempen EURO 2020.

Rusia telah melakukan program vaksinasi melibatkan 2.2 juta penduduk negara itu dengan vaksin Sputnik V dimana 1.7 juta penduduk telah divaksin sebanyak dua dos.

Rusia telah merekodkan lebih 4 juta kes jangkitan Covid 19 dan hampir 79 000 kematian sejak wabak itu melanda tahun lalu.

 

 

 

- Advertisement -