Kontinjen Sabah muncul juara keseluruhan olahraga selepas mendominasi hari terakhir acara balapan dan padang pada temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA XXII) dengan pungutan 11 pingat emas selepas tiga hari saingan di Stadium Sarawak.

Keseluruhannya, 16 pingat emas dipertaruhkan hari ini — 12 dalam acara olahragadua dalam tenpin boling dan dua dalam orienteering — dengan atlet Sabah terus mempamerkan aksi bertenaga, sekali gus mengekal reputasi negeri itu sebagai kuasa besar olahraga pekak negara.

Dominasi Sabah di balapan diterajui oleh Ali Uwais Redzuan yang menjuarai acara 400 meter lelaki dengan catatan masa 52.00 saat, diikuti rakan sepasukan Aidil Asyraff Juakim yang meraih perak (53.16s), sekali gus menghadiahkan keputusan 1–2 buat negeri di bawah bayu itu.

Kuartet Sabah meneruskan kecemerlangan dalam acara 4×400 meter lelaki apabila meraih emas dengan catatan masa baharu 3:32.79s, mengatasi Perlis (pingat perak) dan Pulau Pinang (gangsa). Sabah turut menjuarai acara 4×400 meter wanita, diikuti Kedah dan Terengganu di tempat kedua dan ketiga masing-masing.

Dalam acara 4×100 meter campuran (2 lelaki + 2 wanita), Sabah menambah satu lagi emas dengan catatan 49.50s, manakala Johor menafikan penguasaan Sabah apabila menjuarai acara 4×400 meter campuran dengan masa 4:14.94s, sementara Sabah terpaksa berpuas hati dengan perak.

Atlet padang Sabah, Elviensoon Tiono Tinus, menambah koleksi emas kontinjen apabila memecahkan rekod acara lontar cakera lelaki dengan jarak 31.43 meter, membuktikan kekuatan menyeluruh Sabah dalam acara padang dan balapan.

Sementara itu, dalam acara 400 meter wanitaTeo Jie Hui dari Johor muncul juara dengan catatan rekod baharu 69.66s, manakala Maria Melisa Mohd Mohtiar dari Melaka menghadiahkan emas kedua buat negeri itu selepas menjuarai acara lontar peluru wanita dengan jarak 8.34 meter.

Jaguh pekak negara Zaiman Megat Abu dari Perlis terus menguasai acara lompat jauh dan lompat kijang apabila menggondol dua pingat emas — masing-masing dengan catatan 6.99 meter (lompat jauh) dan 14.82 meter (lompat kijang) — yang turut memperbaharui rekod SOPMA miliknya sendiri yang dilakukan pada edisi lalu di Kuala Lumpur. Kini bergelar juara dua kali SOPMA, Zaiman tentunya menjadi sandaran utama negara di temasya Deaflympics Tokyo bulan depan.

Dalam acara pecut, Wilayah Persekutuan menggondol emas berganda apabila menjuarai 200 metermenerusi jaguh kebangsaan Muhammad Zamir Azman yang mencatat memenangi 22.89s. Nur Andrina Zainudin dari Kedah pula menjuarai acara wanita dengan 27.94s, masing-masing mencipta rekod baharu SOPMA.

“Saya gembira akhirnya berjaya menang emas 200 meter selepas menjuarai 100 meter sebelum ini. Saya hanya fokus untuk memberikan yang terbaik buat diri dan pasukan,” kata Andrina yang tersenyum selepas tamat larian.

Dalam acara orienteeringMuhammad Danial dari Johor menghadiahkan emas menerusi kategori jarak sederhana lelaki, manakala Nurshafiza menggembirakan penyokong tuan rumah apabila merangkul emas buat Sarawak dalam kategori jarak sederhana wanita, selepas sekadar meraih gangsa semalam.

Selepas tiga hari saingan, Sabah mendahului pungutan pingat emas olahraga dengan 11 emas, diikuti Perlis (4)Kedah (3)Melaka (3)Johor (2)Wilayah Persekutuan (2)Sarawak (2) dan Selangor (1).

Saingan akan melabuhkan tirainya esok (Isnin, 6 Oktober) dengan 11 pingat emas terakhir menjadi rebutan — empat dalam boling tenpinlima dalam badminton, dan dua dalam futsal — sekali gus menandakan penutup rasmi SOPMA XXII Sarawak 2025 selepas enam hari penganjuran.

SOPMA XXII Sarawak 2025 menghimpunkan lebih 800 atlet, pegawai dan sukarelawan dari seluruh negara, bersaing dalam lima sukan utama — olahraga, badminton, futsal, boling tenpin dan orienteering.

- Advertisement -