seagf (2)

seagf (3)

Oleh Ku Mohd Lufti

Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebulat suara untuk mengekalkan cadangan 38 jenis sukan untuk dipertandingkan di Sukan SEA ke 29 nanti.

Perkara tersebut diumumkan Presiden SEAGF, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis SEAGF di ibu negara hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri 12 wakil Majlis Olimpik Negara Negara Asia Tenggara untuk memuktamadkan jumlah acara bagi temasya Sukan SEA 2017 nanti.

“Selepas selesai pembentangan daripada jawatankuasa yang bermesyuarat semalam, ahli majlis bersetuju melalui jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa penganjur dengan cadangan 38 jenis sukan dan 405 acara,” kata Tan Sri Tunku Imran.

Hanya pertambahan dua acara sahaja dalam sukan Takraw dimana acara quadrant kategori lelaki dan wanita ditambah dalam senarai acara bagi Sukan SEA 2017 nanti.

Untuk rekod ini adalah jumlah acara terbesar dianjurkan oleh Malaysia berbanding Sukan SEA 2015 di Singapura.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA adalah pada 2001, mempertandingkan 390 acara dalam 32 jenis sukan.

Dalam perkembangan berasingan, dua lagi cadangan, larian baton Sukan SEA dan acara Marathon bersama orang awam masih lagi dalam proses perbincangan.

Tan Sri Tunku Imran juga mengesahkan Filipina akan menjadi tuan rumah bagi sukan SEA ke 30 pada 2019 nanti.

- Advertisement -