ong.kim.swee

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain pertahanan, Mahali Jasuli terpaksa melupakan jelajah Oceania selepas disahkan mengalami kecederaan lutut.

Pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berkata, Mahali terpaksa dihantar pulang sekaligus bakal terlepas perlawanan menentang New Caledonia dan Fiji.

Turut sama mengisi senarai pemain yang mengalami kecederaan, kapten Selangor, Muhd Shahrom Abdul Kalam.

“Kecederaan Shahrom tidak berapa serius tetapi dia tidak akan beraksi perlawanan menentang New Caledonia untuk memberi ruang kepada proses pemulihan. Bagaimanapun saya mempunyai beberapa pilihan untuk menggantikan pasangan itu kerana Mohd Fadhli Shas, Junior Estedal, S Kunalan, Muhd Fazly Mazlan dan Khair Muhammad Jefri Jones boleh bermain,” kata Kim Swee.

Tambah Datuk Ong Kim swee pertemuan dengan New Caledonia dianggap bukan tugas mudah kerana mereka mempunyai kelebihan apabila bermain digelanggang sendiri.

Perlawanan menentang New Caledonia merupakan perlawanan kedua skuad Harimau Malaysia dalam jelajah Oceania selepas tewas kepada Papua New Guinea 0-2.

- Advertisement -