Peminat badminton di seluruh Asia akan disajikan dengan aksi badminton bertaraf dunia dengan berlangsungnya Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) SELANGOR 2022 yang dijadualkan di Shah Alam bulan depan.

Saingan benua itu menandakan penganjuran semula kejohanan antarabangsa utama buat pertama kali di Malaysia selepas sekian lama tanpa sebarang pertandingan antarabangsa ekoran pelbagai kekangan disebabkan pandemik Covid 19.

BATC Selangor 2022 dijadualkan dari 15 hingga 20 Februari ini di Pusat Konvenyen Setia City Shah Alam.

Kejohanan berprestij Asia itu dianjurkan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerajaan Negeri Selangor sebagai hos, selain dengan kerjasama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

BATC Selangor 2022 merupakan antara kejohanan penting bagi negara Asia kerana ia menjadi pentas saingan kelayakan untuk ke saingan Akhir Piala Thomas dan Uber yang akan berlangsung di Bangkok Thailand pada 8 hingga 15 Mei depan.

Menurut penganjur, BATC Selangor 2022 akan dianjurkan di bawah Prosedur Operasi Standard Covid-19 yang merangkumi pelbagai langkah ketat seperti peraturan khusus perjalanan masuk, proses kuarantin, ujian Covid-19 dan pelbagai langkah lain yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatan negara (MKN).

Indonesia, yang merupakan juara bertahan Piala Thomas, akan hadir menerajui saingan Berpasukan Lelaki manakala Jepun memburu kejuaraan ketiga Berpasukan Wanita pada saingan itu nanti.

Negara lain yang sudah mengesahkan penyertaan termasuk Korea, India, Thailand, Chinese Taipei, Hong Kong, Singapura, Kazakhstan dan Malaysia.

Ahli Majlis Meyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin
Othman hari ini mengumumkan butir kejohanan pada sidang media BATC Selangor 2022 di Sunway Resort Hotel di sini.

YB Tuan Mohd Khairuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur BATC Selangor 2022 berkata Selangor diakui sebagai negeri yang kaya dengan budaya dan tradisi sukan.

“Tentunya, untuk dipilih sebagai hos dan penganjur bagi kejohanan badminton berprestij di Asia ini merupakan satu kebanggaan dan meneruskan kesinambungan kehebatan sukan di Selangor.

Badminton menyatukan rakyat Malaysia dan saya percaya BATC Selangor 2022 mampu menjadi laluan buat kita melakar kejayaan baru buat badminton di negara ini dan juga sukan Malaysia umumnya,” kata YB Tuan Mohd Khairuddin.

Beliau menambah kata: “Dengan penyertaan pemain-pemain utama Asia, peminat di Selangor, Malaysia dan juga seluruh Asia akan disajikan dengan aksi berkelas dunia sepanjang enam hari kejohanan. Ianya menjadi platform terbaik untuk semua rakyat bersatu menyokong pemain dan pasukan negara.”

Presiden BAM Tan Sri Norza Zakaria pula melahirkan penghargaan tinggi kepada kerajaan Negeri Selangor kerana menyahut cabaran menjadi hos dan menganjurkan BATC Selangor 2022, negeri kedua yang menganjurkan kejohanan berkenaan selepas Kedah pada 2018.
Kejohanan pertama berlangsung di Hyderabad India pada 2016, diikuti Kedah pada 2018 dan Manila pada 2020.

“Sebagai negeri yang sentiasa mempromosi budaya dan industri sukan, saya percaya pemilihan Selangor sebagai hos BATC 2022 amat tepat dan bersesuaian. BAM pula sentiasa berusaha untuk mengetegahkan badminton di kalangan generasi muda dan pelajar sekolah dengan membawa kejohanan ini ke negeri-negeri.

“Bagi pihak BAM, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di atas komitmen dan secara berterusan membangun dan mempromosi sukan badminton.

“Penganjuran BATC Selangor 2022 menjadi bukti bahawa Selangor nyata bersedia untuk menyahut cabaran menganjurkan kejohanan yang lebih besar lagi di masa depan,” kata Tan Sri Norza.

Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Saw Chit Boon juga melahirkan penghargaan kepada Kerajaan negeri yang bersedia menjadi hos BATC kali ini.

Kejohanan ini amat penting buat Badminton Asia dan seluruh komuniti badminton Asia kerana ia merupakan acara tunjang kami. Kerjasama erat antara Badminton Asia, Kerajaan Negeri Selangor, BAM dan juga jawatankuasa penganjur

- Advertisement -