
SK Serdang UPM mencipta sejarah apabila muncul juara sulung Kejohanan Bawah 12 Tahun Piala Magnolia F&N yang berakhir di Padang SK Bandar Baru di Kuala Selangor hari ini.
Perjuangan selama tiga hari nyata menghadirkan kenangan manis buat SK Serdang UPM untuk dinobat sebagai juara.
Pada perlawanan akhir, SK Serdang UPM berdepan SK Taman Melati berterima kasih kepada Muhammad Arif Mohd Radzuan yang menjadi watak penting untuk pasukan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan di minit 18.
“Kami sangat gembira dinobatkan sebagai pemenang pertama Piala Magnolia. Ia adalah satu pencapaian bersejarah. Kami berharap kejohanan ini akan diteruskan lagi tahun depan kerana ia adalah saluran yang baik untuk pemain muda kami,” kata Ketua Jurulatih SK Serdang UPM, Muhammad Amir Fiqrie.
“Dalam perlawanan akhir hari ini, kami terpaksa mengubah rancangan permainan kami kerana tiga pemain tetap kami cedera. Tetapi kami masih berjaya menewaskan lawan kami dan menang. Pemain melakukannya dengan sangat baik.
“Kejohanan ini tidak mudah kerana kami menentang juara Daerah. Ia sangat kompetitif dan kami berharap dapat mengambil bahagian lagi tahun depan.”
Dalam pada itu, SK Putrajaya Presint 9 (2) menduduki tempat ketiga selepas menewaskan SK Sultan Hisamuddin Alam Shah 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam masa sebenar permainan.
Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun (B-12) F&N Magnolia dianjurkan dari 13 hingga 16 Oktober ini di Kuala Selangor, dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan.
Kejohanan tiga hari yang menghimpunkan juara-juara sekolah daripada pertandingan Majlis Sukan Daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan sepanjang tahun lalu itu akan menampilkan 16 pasukan kesemuanya.
Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada empat kumpulan dalam format pertandingan sembilan sebelah.
Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
Tuan rumah, Selangor diwakili oleh 10 pasukan, manakala Kuala Lumpur dengan empat pasukan dan Putrajaya dengan dua pasukan.
Kejohanan Piala Magnolia telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Ogos 2025 dan dihadiri oleh Encik Ithnin Bin Mahadi, Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Encik Norazrin Bin Norsyam Yee, Pengarah, Kerajaan & Industri, Engagement, Fraser & Neave Holdings Berhad, dan Encik Norismadi Manap, Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)
KEJOHANAN BOLASEPAK B12 TAHUN F&N MAGNOLIA
KEPUTUSAN
AKHIR
SK Taman Melati 0-1 SK Serdang UPM
TEMPAT KETIGA/KEEMPAT
SK Putrajaya Presint 9 (2) 0 (3) – 0 (1) SK Sultan Hisamuddin Alam Shah




























