Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja akan membuka tirai secara rasmi pada 5 hingga 17 Mei 2023 dengan Acara Hoki Dalam Dewan (Lelaki dan Wanita) akan dipertandingkan pada 1 hingga 7 Mei 2023 di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar, Kemboja.

Selepas melengkapkan Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan di Perth Australia pada 9 hingga 19 April lalu dan telah mengakhiri sesi latihan terakhir semalam, sebelum berangkat ke Kemboja, esok (29 April – Sabtu), 12 pemain Pasukan Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita Kebangsaan kini bersedia untuk membawa obor perjuangan Malaysia di temasya dwi-tahunan itu.

Menerusi jadual perlawanan yang telah dikeluarkan, Skuad Hoki Dalam Dewan Wanita Kebangsaan akan membuka tirai perlawanan bertemu Singapura pada Isnin (1 Mei) jam 3:15 petang (waktu Malaysia) sementara Pasukan Lelaki akan bertemu tuan rumah, Kemboja, jam 7:00 malam (waktu Malaysia) pada hari yang sama.

Ketua Jurulatih Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki negara, Mohd Hanip Che Halim menjelaskan dengan sesi latihan yang singkat, pemain-pemain yang telah dipilih merupakan mereka yang memahami konsep permainan hoki dalam dewan dengan cepat serta mempunyai daya kemahiran untuk membuat keputusan dengan pantas.

“Pemain yang telah dipilih juga merupakan individu yang mempunyai skil bermain hoki dalam dewan yang tinggi kerana semua sedia maklum, permaian hoki dalam dewan lebih menumpukan kepada kelajuan dan kepantasan termasuk dalam membuat keputusan.

“Bagi persiapan terakhir sebelum kami berangkat, pemain telah menjalani sesi latihan untuk memperbetulkan serta memperbaiki segala kelemahan yang telah kami kenalpasti ketika Siri Jelajah Australia, baru-baru ini.

“Dengan berbaki beberapa hari yang tinggal, setiap pemain dan pasukan secara keseluruhan telah memberikan tumpuan kepada mempertajamkan “set-play” dan skil individu.

“Saya berharap setiap pemain dapat mengekalkan momentum permainan dengan baik pada aksi sebenar nanti selain terus mengekalkan semangat juang serta semangat sepasukan yang tinggi dalam diri masing-masing, supaya misi untuk mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada edisi lalu, mampu direalisasikan,” jelas beliau.

Sementara Ketua Jurulatih Wanita, Mohd Badrul Hisham Osman turut berkongsi, pemilihan 12 pemain untuk menggalas misi penting di Kemboja adalah berdasarkan tahap kecergasan pemain itu sendiri, kematangan mereka dalam permainan serta semangat kerjasama sebagai satu pasukan.

“Pemain yang telah dipilih merupakna mereka yang boleh menerima serta memahami setiap taktikal yang kami barisan kejurulatihan terapkan untuk pasukan dan mereka juga mampu untuk mengikut setiap perancangan yang telah disusun.

“Persediaan pasukan kini telah mencapai tahap 100% dan tempoh masa yang kami miliki selepas kembali menjalani latihan daripada cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, telah kami gunakan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang terlihat ketika Siri Jelajah Persahabatan Australia yang lalu.

“Setiap kelebihan dan kekuatan pasukan pula telah kami memperkemaskan dengan sebaik mungkin untuk dibawa pada kejohanan sebenar nanti.

“Kami sepasukan juga meletakkan harapan untuk pulang ke Malaysia dengan membawa pingat emas dan setiap daripada kami sedar akan misi tersebut. Kami juga memohon agar seluruh peminat sukan hoki di Malaysia untuk mendoakan kejayaan Pasukan Hoki Dalam Dewan Negara agar impian untuk merangkul pingat emas berjaya direalisasikan,” ujarnya.

Berikut merupakan senarai 12 pemain Pasukan Hoki Dalam Dewan Lelaki Negara yang akan beraksi di Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

NO NAMA POSISI
1. Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman Penjaga Gol
2. Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri Penjaga Gol
3. Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah Pertahanan
4. Muhammad Firdaus Omar Pertahanan
5. Razali Mohd Hazemi Pertahanan
6. Adam Aiman  Mamat Pertahanan
7. Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan Tengah
8. Muhamad Izham  Azhar Tengah
9. Mohd Norhafizie Jamil Azomi Tengah
10. Faridzul Afiq Mohd Penyerang
11. Abdul Khaliq Hamirin Penyerang
12. Danial Asyraf  Abdul Ghani Penyerang

 

Berikut merupakan senarai 12 pemain Pasukan Hoki Dalam Dewan Wanita Negara yang akan beraksi di Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

NO NAMA POSISI
1. Farah Ayuni Yahya Penjaga Gol
2. Nur Hazlinda Zainal Abidin Penjaga Gol
3. Fazilla Sylvester Silin Pertahanan
4. Surizan Awang Noh Pertahanan
5. Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun Pertahanan
6. Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi Pertahanan
7. Nuraslinda Said Tengah
8. Raja Norsharina Raja Shahbuddin Tengah
9. Nur Atira Mohamad Ismail Penyerang
10. Iren Hussin Penyerang
11. Qasidah Najwa Muhammad Halimi Penyerang
12. Nurul Farawahida Marzuki Penyerang

 

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan Pasukan Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita Kebangsaan di Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

NO TARIKH MASA SKUAD PERLAWANAN
 

1.

 

1 Mei 2023

(Isnin)

3:15 Petang Wanita Malaysia lawan Singapura
7:00 Malam Lelaki Malaysia lawan Kemboja
 

2.

 

2 Mei 2023

(Selasa)

12:45 Tengah hari Wanita Filipina lawan Malaysia
2:00 Petang Lelaki Malaysia lawan Filipina
3. 3 Mei 2023

(Rabu)

3:15 Petang Lelaki Singapura lawan Malaysia
4:30 Petang Wanita Malaysia lawan Thailand
4. 4 Mei 2023

(Khamis)

4:30 Petang Lelaki Thailand lawan Malaysia
5:45 Petang Wanita Kemboja lawan Malaysia
5. 6 Mei 2023

(Sabtu)

12:45 Tengah hari Lelaki Malaysia lawan Indonesia
2:00 Petang Wanita Malaysia lawan Indonesia
6. 7 Mei 2023

(Ahad)

5:30 Petang Lelaki Final
7.00 Malam Wanita Final

 

** Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -