SKUAD negara berjaya meraih gangsa dalam saingan Hoki Ais  Sukan SEA KL2017, sukan baru yang diperkenalkan buat pertama kali dalam sejarah temasya berkenaan.

Perlawanan berlangsung di Empire City menyaksikan Filipina mencatatkan sejarah baru muncul juara dengan menumpaskan Thailand 5-4 pada perlawanan akhir.

Robert Wallace Martini, ketua jurulatih negara nyata gembira  dengan kejayaan skuad negara meskipun gagal merebut emas.

“Saya akan benarkan mereka untuk rehat secukupnya untuk tempoh dua minggu akan datang.

“Selepas dua minggu, mereka perlu kembali melalui latihan bagi perlawanan seterusnya yang bakal berlangsung pada bulan Mac tahun depan,” kata Robert.

- Advertisement -