Sebagai persediaan dalam memastikan Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 yang yang membuka tirai pada 5 hingga 16 Disember 2023, di Kuala Lumpur, Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan di Eropah telah diatur buat mereka.

Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan berlepas ke Eropah malam ini dan akan kembali ke Malaysia pada 6 September dengan enam perlawanan persahabatan menentang Pasukan Remaja Kebangsaan Jerman, Perancis serta Great Britain telah diatur sepanjang keberadaan pasukan negara di benua Eropah.

Seramai 22 pemain dibawa bagi mengikuti Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan ini dengan aksi persahabatan pertama akan bermula pada 24 Ogos dan Pengendali Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Muhamad Amin Rahim menjelaskan pemilihan pemain bagi mengikuti Siri Jelajah ini adalah berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain sepanjang sesi latihan yang telah dilalui selepas pulang daripada Kejohanan Piala Remaja Asia di Salalah, Oman.

“Tujuan utama Siri Jelajah Persahabatan ini diatur adalah bagi membantu pemain bersiap sedia untuk menghadapi kejohanan penting hujung tahun ini dan dalam Siri Jelajah ini juga kami barisan kejurulatihan ingin melihat kombinasi para pemain beraksi dengan pasukan di Eropah.

“Bagaimana keputusan pantas yang boleh dilakukan oleh pemain di atas padang dan kami juga akan menerapkan beberapa taktikal baru, jadi ini medan terbaik untuk menguji taktikal tersebut selain melihat bagaimana pemain boleh mengadaptasinya.

“Pasukan telah menghabiskan lapan minggu fasa latihan fizikal dan tentunya Siri Persahabatan ini akan digunakan oleh kami untuk menilai sejauh mana tahap prestasi pemain ketika ini.

“Harapan saya agar pemain menggunakan peluang yang diberikan ini untuk beraksi menentang pasukan Eropah dengan sebaik mungkin. Saya juga berharap keyakinan para pemain akan semakin meningkat selepas beraksi dalam perlawanan yang diaturkan untuk mereka.

“Ini penting agar pemain mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk beraksi dengan mana-mana pasukan sama ada Asia atau Eropah terutamanya menjelang dua kejohanan besar yang mendatang iaitu Kejohanan Piala Sultan Johor 2023 dan FIH Hoki Piala Dunia Remaja 2023, Kuala Lumpur,” jelas beliau.

 

Berikut merupakan senarai 22 pemain Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan yang mengikuti Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan Eropah bermula 18 Ogos hingga 6 September 2023.

NO NAMA POSISI
1 MOHAMAD RAFAIZUL MOHAMAD SAINI PENJAGA GOL
2 HAZIQ MUIZZUDDIN HAIRUL MIZAN PENJAGA GOL
3 MUHAMMAD DANISH AFNAN MOHD FAIZAL PENJAGA GOL
4 MUHAMMAD ALIEF ADHA AKHBAR PERTAHANAN
5 AZMILMUIZZUDDIN MISRON PERTAHANAN
6 SAIFUL SHAHRIL SAIFUL BAHRI PERTAHANAN
7 WAN MUHAMMAD NAJMIE AHMAD DZAIB PERTAHANAN
8 AHMAD SUHAIMI KAMARUDDIN PERTAHANAN
9 ANDYWALFIAN JEFFRYNUS PERTAHANAN
10 MUHAMMAD KHAIRUL NORIZAM TENGAH
11 ALFARICO LANCE LIAU JR TENGAH
12 MUHAMMAD DANISH AIMAN KHAIRIL ANUAR TENGAH
13 MUHAMMAD ADDY JAZMI JAMLUS TENGAH
14 MUHAMMAD ADAM ASHRAF MOHD JOHARI TENGAH
15 MUHAMMAD DANISH DANIAL ABDUL WAHAB TENGAH
16 SHAHMIE IRFAN SUHAIMI PENYERANG
17 SHAFIQ IKHMAL DANIEL SUZAINI PENYERANG
18 MUHAMMAD AQIL DANIAL MAT RUSLEE PENYERANG
19 MOHAMMAD HARRIS ISKANDAR OSMAN PENYERANG
20 MOHAMAD SHAMIR RIZMI SHAMSUL PENYERANG
21 CHE NUR AQILRULLAH CHE MOHD KHAIRULZI ANWAR PENYERANG
22 MUHAMAD SALMAN SUDIRMAN PENYERANG

 

Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama ke Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan Eropah.

NO NAMA POSISI
1. STEPHEN VAN HUIZEN PENGARAH TEKNIKAL
2. MUHAMAD AMIN RAHIM KETUA JURULATIH
3. MEGAT AZRAFIQ MEGAT TERMIZI PENOLONG JURULATIH
4. ROSLAN JAMALUDDIN JURULATIH PENJAGA GOL
5. TENGKU AHMAD TAJUDDIN TENGKU ABD JALIL PENOLONG JURULATIH
6. BALJIT SINGH CHARUN SINGH PENOLONG JURULATIH
7. JOHN ARCHBOLD JURULATIH KECERGASAN

 

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan persahabatan Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan di Siri Jelajah Persahabatan Eropah.

NO TARIKH MASA VENUE LAWAN
1. 24 Ogos 2023

(Khamis)

9:00 Malam Dusseldorf HC Malaysia lwn Jerman
2. 25 Ogos 2023

(Jumaat)

6:00 Petang Dusseldorf HC Malaysia  lwn Jerman
3. 30 Ogos 2023

(Rabu)

9:00 Malam Le CREPS High Performance Centre, Châtenay-Malabry Malaysia lwn Perancis
4. 31 Ogos 2023

(Khamis)

5:00 Petang Le CREPS High Performance Centre, Châtenay-Malabry Malaysia lwn Perancis
5. 5 Sept 2023

(Selasa)

12:30 Pagi Bisham Abbey National Sports Centre Malaysia lwn Great Britain
6. 5 Sept 2023

(Selasa)

10:30 Malam Bisham Abbey National Sports Centre Malaysia lwn Great Britain

 

** Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -