Prestasi kem remaja kebangsaan di kejohanan badminton Slovenia International 2021 terus menghadirkan cerita gembira apabila lima wakil negara meneruskan cabaran ke peringkat separuh akhir.

Wakil tunggal perseorangan, Siti Nurshuhaini Azman mara ke peringkat separuh akhir selepas melakar kemenangan di peringkat kedua dan suku akhir semalam.

Pusingan kedua, Siti menundukkan pemain Itali, Katharina Fink straight set 21-19, 21-11 sebelum melakar kejutan dengan menundukkan pilihan kelapan dari Hungary, Vivien Sandorhazi dalam aksi tiga set 15-21, 21-15, 21-13.

Siti Nurshuhaini akan menentang pemain Indonesia, Mutiara Ayu Puspitasari untuk memburu slot ke final dan jika menang, Siti akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir diantara pilihan ketiga, Agnes Korosi dari Hungary dan wakil Republik Czech Sabina Milova.

Malaysia turut mempunyai dua wakil dalam acara bergu wanita menerusi Valerie Siow-Low Yuen Yuan dan pasangan kembar seiras, Cheng Su Hui-Cheng Su Yen.

Valerie-Yuan seakan akan mendapat ‘tuah’ apabila diberi kemenangan ‘walkeover’ ke atas pilihan kedua dari Republik Czech AlĹžběta BĂĄĹĄovĂĄ-Michaela Fuchsova.

Bergu negara ini akan menentang gandingan dari Ukraine, Mariia Stoliarenko-Yelyzaveta Zharka dan kemungkinan untuk menyaksikan aksi final melibatkan wakil negara mungkin berlaku jika pasangan kembar Cheng Su Hui-Cheng Su Yin melakar kejutan ke atas pilihan ketiga dari Denmark, Isabella Nielsen-Marie Louise Steffensen hari ini.

Bergu lelaki menyaksikan Goh Boon Sze-Beh Chun Meng mara ke separuh akhir selepas menundukkan pasangan dari Republik Czech, Ondrej Kral-Adam Mendrek dalam aksi tiga set 19-21, 21-15, 21-11.

Boon Sze-Chun Meng akan menentang pasangan dari Indonesia, Muh Putra Erwiansyah-Patra Harapan Rindorindo.

Impian untuk melihat satu lagi bergu lelaki ke separuh akhir tidak kesampaian apabila Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri tewas kepada pasangan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust KjĂŚr straight set 23-25, 16-21.

Turut mengesahkan slot ke separuh akhir, pasangan bergu campuran, Choong Hon Jia-Toh Ee Wei yang menundukkan Oscar Sunekaer-Mette Werge dari Denmark dengan kemenangan straight set 21-18, 21-19.

Hon Jia dan Ee Wei akan berdepan Kristoffer Knudsen-Malena Norrman.

Perlawanan peringkat separuh akhir akan berlangsung pada jam 4.00 petang waktu Malaysia manakala saingan final untuk menentukan kejuaraan akan dilangsungkan pada hari ini juga pada lewat malam nanti .

 

- Advertisement -