Pasukan SMK Taman Desa Skudai mengesahkan status sebagai juara Piala Liga Menteri Pendidikan Malaysia Bawah14 (B-14) 2025 selepas menundukkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-14, 3-1 pada aksi final yang berlansung di Stadium Mini, Universiti Putra Malaysia (UPM) petang semalam.

Aksi final ini ibarat ulangan final tahun lalu yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor menyaksikan AMD B-14 melakar kemenangan 3-1 ketika itu.

Namun SMK Taman Desa Skudai tampak turun dengan semangat juang yang cukup tinggi apabila hanya memerlukan tujuh minit untuk membuka tirai gol menerusi Muhd Farish Haqiemi Muhd Azharuddin

Namun AMD B-14 bangkit berselang tiga minit kemudian untuk menyamakan kedudukan hasil sentuhan Ahmad Muzakif Fitri Muhamad.

SMK Taman Desa Skudai kendalian Rodolfo Pereida Villa nyata tidak goyah dengan gol penyamaan tersebut sebaliknya kekal fokus untuk mengasak kubu lawan.

Usaha itu nyata membuahkan hasil apabila Zainul Ariffin Mohd Zainuddin Kembali meletakkan SMK Taman Desa di minit ke 29 sebelum Farish Haqiemi mematahkan semangat juang AMD B-14 dengan gol ketiga pada masa tambahan selepas tamat masa sebenar 70 minit perlawanan untuk kemenangan mutlak 3-1.

Pereida nyata gembira kerana strategi berjalan mengikut perancangan ditambah fokus dan kerja keras setiap pemain.

“Saya percaya perancangan kami berjalan dengan baik dan pemain pemain juga melakukan tugasan dengan baik. Walaupun kami diikat 1-1, pemain pemain tidak hilang fokus dan mengikut perancangan yang telah di atur.

“Kami memiliki penyerang yang berbakat serta pantas untuk menyerang di kiri dan kanan berjalan dengan baik,”kata Rodolfo Pereida Villa.

Bagi pengendali AMD B-14, Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin pemain pemain telah memberikan yang terbaik dan setiap perlawanan yang mereka lalui adalah pelajaran.

“Ini adalah final, pasukan mana yang lebih baik dan kurang melakukan kesilapan berpeluang untuk menang.

“Bagi saya pemain pemain sudah berikan yang terbaik dan ini adalah pembangunan. Mereka perlu belajar daripada setiap perlawanan yang mereka lalui dan yang paling penting untuk saya adalah progress yang telah mereka tunjukkan kerana masih banyak lagi yang perlu mereka hadapi,” kata Shahril Faizal.

Dalam pada itu, hasrat pasukan AMD B-16 untuk menebus kekecewaan pasukan adik tidak kesampaian selepas kecundang 5-4 menerusi penentuan penalti di tangan SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman dalam aksi final Piala Liga Remaja KPM FAM B-17 yang berlansung di venue yang sama disebelah malam.

Kedua dua pasukan terikat satu sama selepas tamat 90 minit masa sebenar perlawanan.

AMD B-16 memecah kebuntuan sekaligus mendahului 1-0 di minit ke 59 menerusi penyudah Muhd Asmadi Muhd Raflee.

Seminit sebelum wisel penamat Ketika perlawanan beraksi di masa tambahan, AMD B-16 terdiam apabila Muhd Hariz Haziq Hairol Naim meledak gol penyamaan sekaligus mengheret permainan ke masa perlawanan masa tambahan.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penalty selepas tiada jaringan tambahan tercipta.

Penjaga gol SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman,  Muhd Airell Elfi Abdullah menjadi wira pasukan apabila menafikan sepakan Muhd Rayyan Anaqy Husharudin.

Pengendali SMK Tunku Anum, Mohd Adzlan Abu lebih sedekad pasukan SMK Tunku Anum gagal untuk melayakkan diri ke pentas final dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu merealisasikan kejayaan ini.

“Kami sedikit perlahan diawal permainan, tidak pasti samada faktor perjalanan atau gemuruh final tetapi dapat bangkit semula di penghujung permainan dan menjadi juara.

“Kali terakhir kami ke final pada 2013 dimana kami naib juara ketika itu. Sudah 12 tahun dan tahun ini kita muncul juara,” kata Adzlan Abu

Bagi pengendali AMD B-16,Ahmad Shahir Ismail berpuas hati dengan barisan pemainnya malah meletakkan final sebagai sasaran kepada pasukan.

“Aksi final saya berpuas hati tetapi kami hilang fokus dipenghujung perlawanan dan ia sesuatu yang perlu kami perlu perbaiki. Dari awal memang sasaran kami adalah untuk ke final.

“Ini adalah pasukan B kerana pasukan utama bersama skuad kebangsaan. Mereka ke final saya sudah berpuas hati dan mereka memberikan segalanya sepanjang perlawanan,”kata Shahril

Hadiah kepada pemenang di sampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Wong Kah Won dan Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri, Freaser & Neave Holding Bhd, Norazrin Norsyam Yee.   

- Advertisement -