Saksikan keanggunan aksi 8 pasukan merebut takhta juara di semua platform Astro Arena
Kuala Lumpur ā€“ sooka Netball Super League 2022 sekali lagi kembali menakluk gelanggang apabila dijadual membuka tirainya di Stadium Juara, Kuala Lumpur bermula 3 Jun hingga 26 Jun 2022.

Saingan selama empat minggu menyaksikan lapan pasukan sama pada edisi sulung yang lalu iaitu KL Wildcats, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Melaka Mystic, Negeri Sembilan Venom, Kedah Sunshine dan Pahang Tulip turun memburu mahkota kejuaraan bagi edisi kedua kali ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Senator Datoā€™ Sri Ti Lian Ker berkata, dia berbangga dengan usahasama Astro Arena dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) dalam memacu penglibatan wanita dalam aktiviti sukan serta melestarikan pembangunan sukan wanita ini.

ā€œsooka NSL telah memberi nafas baru dalam mendorong serta mempertingkatkan mutu sukan ini dikalangan wanita supaya lebih berketerampilan dan berdaya saing. Liga berkualiti seperti ini bukan saja mengilap bakat pemain dan meniup kembali semangat golongan wanita untuk bangkit malah berperanan meningkatkan kepimpinan wanita dalam badan sukan, kejurulatihan dan kepegawaian sukan.

ā€œsooka NSL juga telah menjadi platform terbaik untuk program pencarian dan pembangunan bakat disetiap negeri dengan menarik lebih ramai generasi muda merasai pengalaman dan pendedahan beraksi dalam liga profesional seperti ini.ā€ katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia, Alwiyah Talib pula yakin sorakan dan sokongan penonton buat pertama kali akan hadir ke stadium nanti akan merancakkan lagi liga musim ini.

ā€œTiket akan dikenakan dengan harga yang minimum kepada penonton yang ingin hadir menyaksikan perlawanan nanti. Peminat pasti tidak akan ketinggalan menyaksikan perebutan takhta baru musim ini dengan aksi lebih mencabar berikutan pertukaran format baharu round robin dimana setiap pasukan akan bertemu dan berentap dengan semua pasukan yang ada.ā€

ā€œSelain penglibatan pemain kebangsaan , kehadiran pemain muda yang berbakat dan lebih bertenaga pasti memberi impak kepada setiap pasukan nanti. Bukan itu saja, malah terdapat pasukan yang akan mengunakan khidmat pemain import pasti menghangatkan lagi pertarungan nanti.ā€ katanya

Beliau juga melihat sooka NSL sebagai medan terbaik pemilihan pemain serta pemanas badan bagi menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia pada September ini sebelum kelayakan untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Dunia tahun hadapan.

Ketua Pembangunan Perniagaan Astro Arena, Preman Parameswaran berkata, sooka NSL menerima sambutan hangat meskipun baru pertama kali diperkenalkan apabila mencatat rating tertinggi 3 Juta tontonan di saluran televisyen Astro Arena dan di aplikasi Astro GO sementara 679 ribu tontonan pula melalui platform digital.

ā€œPerjalanan sooka NSL masih jauh dan panjang namun pihak Astro Arena dan PBJM optimis ini adalah langkah awal buat Malaysia mempunyai liga dalam sukan ini. Dengan populariti dan prestasi cemerlang skuad negara di pentas asia tenggara tidak mustahil sooka NSL mampu menjadi hab sukan antarabangsa dan mencipta jenamanya ke peringkat lebih tinggi satu hari nanti.

ā€œUntuk merialisasikan usaha ini, saya berharap lebih ramai badan-badan korporat, konglomerat tempatan dan antarabangsa tampil membantu membawa golongan wanita ini lebih kompetitif serta memperkasakan lagi legasi sukan wanita paling popular di Malaysia iniā€

Buat julung kalinya, pada tahun ini menyaksikan applikasi penstriman popular terbaru, iaitu sooka tampil menjadi penaja utama rasmi dan dikenali sebagai sooka NSL 2022. sooka merupakan perkhidmatan aplikasi penstriman terbaru yang menawarkan siaran langsung aksi sukan lokal dan antarabangsa, drama, filem, dan program hiburan realiti tempatan, serta siri-siri sooka Originals dan sooka First Access yang terkini.

 

- Advertisement -