Lebih seribu penduduk membanjiri perkarangan Kompleks Sukan Terengganu bersempena Hari 100PLUS yang menjadi destinasi kedua selepas Johor Bahru pada 2 November lalu.

Acara yang bermula sejak 7. 00 pagi turut dimeriahkan dengan kehadiran duta 100PLUS, Khairul Hafiz Jantan yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA ke 29 Ogos lalu.

Terima kasih dicuapkan kepada semua yang hadir pada hari ini untuk menyertai uji bakat sekaligus beraksi di pentas akhir di Kuala Lumpur nanti,”Kata Khairul.

Pelbagai acara disediakan buat penduduk di sekitar Terengganu yang hadir termasuk sesi zumba sebelum acara utama menjadi tumpuan, larian fun run sejauh lima kilometer.

Karnival 100PLUS dimulakan dengan perlepasan peserta berbasikal yang terdiri daripada 50 penyertaan dan berkayuh sejauh 25 kilometer.

Sesi pemanas badan menerusi zumba menyusul selepas itu yang turut disertai The Speedy Jantan sebelum beliau mengetuai larian fun run lima kilometer bersama sama lebih 500 peserta.

Tidak cukup dengan itu, atlet negara berusia 19 tahun ini turut melibatkan diri dalam acara larian berhalang serta meluangkan masa untuk bergambar bersama sama peserta yang hadir.

Turut hadir di Hari 100PLUS di Kompleks Sukan Gong Badak, Pengurus Pemasaran 100PLUS, Leong Wai Yin dan Zuwislan Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Terengganu yang merasmikan Hari 100Plus.

Hari 100PLUS merupakan salah satu inisiatif daripada pengeluar minuman isotonik terbesar di Malaysia untuk membentuk budaya sihat menerusi sukan dan riadah dikalangan rakyat Malaysia.

Selain acara zumba dan larian lima kilometer, turut diadakan ujibakat Wira 100PLUS dimana peserta yang terpilih akan beraksi di final mewakli empat kumpulan yang terdiri daripada artis, Mira Filzah, Jannah Nick, Hairul Azreen dan Khairul Hafiz Jantan.

Hari 100PLUS akan berada di tiga destinasi, Pusat membeli belah Angsana, Johor Bahru (11 November) diikuti perkarangan Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu (18 November) dan akhir sekali di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah (25 November).

Finale Hari 100PLUS adalah pada 3 Disember di perkarangan Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil.

- Advertisement -