20161001-qf-liga-kpm-u14-ssn-melakagreen-vs-ssn-terengganu-005

20161001-qf-liga-kpm-u14-ssn-melakagreen-vs-ssn-terengganu-003

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSMBJ) melengkapkan senarai empat pasukan ke separuh akhir Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM B14) setelah menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang dalam aksi suku akhir pada Selasa.

Dalam perlawanan berlangsung di Gambang, jaringan tunggal Amirul Azzim Mohd Ruzki pada minit ke-28 sudah memadai untuk skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail itu melakar kemenangan tipis 1-0 yang jelas tidak mahu memberi laluan mudah.Ā 

Kemenangan tersebut adalah yang keenam berturut-turut buat SSMBJ sekaligus menyaksikanĀ  pasukan itu yang menjuarai Liga Super Piala Menteri Pelajaran pada bulan lalu kekal di landasan terbaik menamatkan musim dengan kejuaraan berganda. Ā 

Terdahulu pada Sabtu, tiga pasukan iaitu SMK Seri Kota (SMKSK), SSM Tunku Mahkota Ismail (SSMTMI) dan SMK Seksyen 11 turut meneruskan langkahan ke separuh akhir setelah menundukkan lawan masing-masing.

Dalam aksi suku akhir berlangsung di Bukit Serindit, naib juara Liga Perdana SMKSK dari Melaka mencatat kemenangan 1-0 ke atas SMK Bukit Nenas (SMKBN) menerusi jaringan tunggal Zaim Hakim Zakaria pada minit ke-57.Ā 

Meskipun berdepan SMKBN yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini, SMKSK tampil dengan aksi bertenaga dan menguasai hampir keseluruhan permainan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya sejak dari sepak mula.Ā 

Setelah bertahan dengan baik, keampuhan pertahanan SMKBN akhirnya roboh apabila penjaga gol Adam Sharudin Ghazali gagal menyelamatkan percubaan pemain gantian, Zaim Hakim.Ā 

Jurulatih SMKSK, Jeraie Sitam memuji aksi mantap dan semangat juang tinggi ditunjukkan barisan pemainnya dan berharap rentak permainan sama dapat dikekalkan walau siapapun lawan mereka di separuh akhir nanti. Ā Ā 

ā€œKita tidak tewas dalam lima perlawanan terakhir, dan dengan corak permainan ditunjukkan pemain, memang saya yakin kita akan menang perlawanan ini. Tapi saya akui Terengganu telah memberikan kita tentangan baik, pertahanan mereka banyak menyukarkan kita.

ā€œKita kuasai perlawanan, dan kita juga sia-siakan banyak peluang. Saingan separuh akhir nanti sudah tentunya lebih mencabar jadi harapan saya pemain akan tunjukkan prestasi sama untuk layak ke final pertama kali selepas 2011,ā€ kata Jeraie.Ā 

Manakala bagi Asmawi Sulong, jurulatih SMKBN, beliau akur pasukannya tewas kepada pasukan yang lebih baik dan mensasarkan pencapaian yang lebih baik pada tahun depan.

ā€œMemang mengecewakan kerana ini bukan corak permainan sebenar pasukan saya, kita banyak lakukan kesilapan terutamanya di depan gol sendiri. Apapun saya akur dengan pencapaian musim ini tempat ketiga Liga Super dan layak ke suku akhir apatah lagi pasukan ini baru digabungkan pada awal tahun,ā€ kata Asmawi.

Sementara itu, wakil Selangor, SMK Seksyen 11 menyingkirkan SMK Seberang Temerloh dari Pahang, juga dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Azrin Afiq Rusmini di Temerloh.

Manakala SSMTMI dari Johor pula dikerah bekerja keras sebelum menewaskan juara Liga Perdana, SMK Gunung Rapat (Perak) 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 tamat masa sebenar permainan di Ipoh.Ā 

Ā 

JADUAL SEPARUH-AKHIR

8 Oct 2016

Ā 

SS BUKIT JALIL (B14) lwn SMK SERI KOTA (SSN Melaka)

  • 4pm, PADANG D MSN, BUKIT JALIL

 

SMK SEKSYEN 11 (SSN Selangor) lwn SS TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14)

  • 4pm, STADIUM MINI SMK USJ 23, SUBANG JAYA , SELANGOR

20161001-qf-liga-kpm-u14-ssn-melakagreen-vs-ssn-terengganu-006

20161001-qf-liga-kpm-u14-ssn-melakagreen-vs-ssn-terengganukeeper-005

 

- Advertisement -