SSN Tganu vs SSM Bukit Jalil

20160312 - Liga KPM U14 SSN Tganu vs SSM Bukit Jalil -019

Kedudukan SSM Bukit Jalil di tangga teratas Liga Super Piala Menteri Pendidikan (B-14) tidak tergugat meskipun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang SMK Tunku Mahkota Ismail.

Anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail melonjak ke tangga teratas pada minggu lalu setelah melakar tiga kemenangan berturut-turut, namun hasrat mereka meneruskan momentum kemenangan disekat SMK Tunku Mahkota Ismail yang enggan berputih mata di gelanggang sendiri.

Keputusan seri menyaksikan SSM Bukit Jalil mendahului liga dengan 14 mata, satu mata mengatasi SMK Bukit Nenas manakala wakil Johor itu kemarau kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir dan kekal di tangga keempat dengan 11 mata. 

Di Terengganu, pasukan tangga kedua SMK Bukit Nenas turut berpuas hati dengan satu mata setelah diikat wakil Negeri Sembilan SMK Za’ba 1-1.

Jaringan Azam Razali menyelamatkan satu mata buat tuan rumah setelah SMK Za’ba terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit kesembilan menerusi Norzaiful Zaizurin pada minit kesembilan.

Sementara itu di Temerloh, SMK Seksyen 11 merakam kemenangan pertama mereka selepas tujuh perlawanan dengan menewaskan tuan rumah, SMK Seberang Temerloh 1-0.

Kemenangan membolehkan pasukan bimbingan Mat Dinos Talib itu melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelapan dengan enam mata, manakala SMK Seberang Temerloh kekal di tangga ketiga.

Dalam satu lagi perlawanan di Kota Bharu antara SMK Putera dan SMK Syed Hassan, kedua-dua pasukan terus buntu mencari kemenangan pertama apabila hanya mampu mencatat keputusan seri tanpa jaringan sekaligus kekal di kedudukan dua tercorot.

Bagi aksi Liga Perdana Piala Menteri Pendidikan pula, SMK Gunung Rapat dari Perak mengambil giliran untuk menerajui carta liga setelah beraksi garang untuk membenam wakil Kedah, SMK Tunku Anum T.A.R 4-0 di gelanggang lawan.

Kesemua gol buat pasukan SMK Gunung Rapat dijaringkan di separuh masa pertama menerusi Shakir Azim Wira pada minit ketiga, Afiq Firdaus Rahim pada minit keenam, Aliff Zikri Zaini Anuar pada minit ke-20 dan satu lagi jaringan Shakir Azim pada minit ke-26.

Kemenangan besar membolehkan SMK Gunung Rapat mengumpul 11 mata dan mendahului liga dengan beza jaringan ke atas SMK Tun Hussein Onn dan pendahulu sebelum ini, SMK Seri Kota yang turut mengumpul 11 mata.

Di Johor, SMK Tun Hussein Onn melonjak ke tangga kedua setelah mudah membenam cabaran SMK Seri Titiwangsa 3-0.

Gol-gol buat pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Azri Din pada minit ke-10, Aiman Abdul Ghani minit ke-14 dan Zulfitri Razali pada minit ke-41.

Manakala di Melaka, SMK Seri Kota yang merampas kedudukan pendahulu pada minggu lalu, tergelincir ke tangga ketiga selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang wakil Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian.

Dalam satu lagi perlawanan, SSM Pahang melepaskan peluang untuk kembali ke kedudukan teratas setelah dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada MSS Putrajaya di gelanggang sendiri.

Gol buat pasukan MSS Putrajaya dijaringkan seawal minit pertama oleh Aiman Syakirin Mawardi serta dua jaringan Aiman Fahmi Mohamad Azam manakala SSM Pahang membalas menerusi Najmuddin Akmal dan Aznil Hafiz Azhar.   

SSN KL vs MSS Putrajaya

KEPUTUSAN

LIGA SUPER PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SMK Seberang Temerloh (Pahang)          0

SMK Seksyen 11 (Selangor)                   1

 

SMK Bukit Nenas (Terengganu)               1      

SMK Za’ba (N.Sembilan)                         1

 

SMK Tunku Mahkota Ismail (Johor)          0      

SSM Bukit Jalil                                       0

 

SMK Putera (Kelantan)                           0

SMK Syed Hassan (Perlis)                       0

 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL 6 4 2 0 10 2 8 14
SMK BUKIT NENAS 6 3 2 1 10 6 4 11
SMK TABUAN JAYA 6 2 3 1 7 6 1 9
SMK ZA’BA 6 2 2 2 6 6 0 8
SMK SEBERANG TEMERLOH 6 2 2 2 5 7 -2 8
SMK SYED HASSAN 5 1 3 1 4 4 0 6
SMK PUTERA 7 1 1 5 5 10 -5 4
SMK SEKSYEN 11 6 0 3 3 6 12 -6 3

 

LIGA PERDANA PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SMK Tun Hussein Onn (Johor)                 3

SMK Seri Titiwangsa (K.Lumpur)             0

 

SMK Seri Kota (Melaka)                                  1

SMK Mutiara Impian (P.Pinang)               1

 

SSM Pahang                                          2

MSS Putrajaya                                       3

 

SMK Tunku Anum T.A.R (Kedah)             0

SMK Gunung Rapat (Perak)                    4

 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SMK MUTIARA IMPIAN 7 5 1 1 20 6 14 16
SSM PAHANG (B15) 7 4 1 2 11 6 5 13
MSS PUTRAJAYA (B17) 7 4 1 2 8 5 3 13
SMK SERI KOTA 7 3 2 2 10 9 1 11
SMK SERI TITIWANGSA 7 3 1 3 7 9 -2 10
SMK DATUK PETER MONJUNTIN 6 2 1 3 3 11 -8 7
SMK GUNUNG RAPAT 6 2 0 4 7 12 -5 6
SMK TUN HUSSEIN ONN 7 0 4 3 5 8 -3 4
SMK TUNKU ANUM T.A.R 6 1 1 4 5 10 -5 4
- Advertisement -