Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil akan siap tepat pada masanya untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada 8 Disember 2023.

Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini adalah antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.

“Kami akan memastikan permukaan permainan Stadium Nasional akan pulih kembali untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. Kami menyedari kebimbangan yang dibangkitkan dan akan segera menangani perkara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi.

Rabu lalu, 85,000 peminat telah membanjiri Stadium Nasional untuk menyaksikan kumpulan rock British, konsert Coldplay’s Music of the Sphere World Tour.

- Advertisement -