100PLUS.latestOleh Ku Mohd Lufti

Pasukan Liga Premier, Angkatan Tentera Malaysia, ATM sah akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang sebagai venue tuan rumah.

Pihak Football Malaysia LLP (FMLLP) menerusi kenyataan media mengesahkan telahpun menjalan pemeriksaan stadium berkenaan pada 11 Mei lalu.

Stadium tersebut didapati telah memenuhi syarat dan sedia untuk digunakan oleh ATM untuk pertandingan Liga Premier  2016.

Stadium ini ditutup untuk kerja kerja baik pulih khsusunya padang rumput yang terjejas terus selepas susulan banjir besar yang melanda Pahang penghujung tahun 2014.

ATM akan menggunakan Stadium Temerloh esok bagi perlawanan liga Premier 2016, menentang Melaka United.

Selepas 10 perlawanan, ATM masih menghuni tangga tercorot dengan 1 mata berjaya diraih setakat ini.

- Advertisement -