Dua pertandingan suman tempatan, Liga Malaysia 2021 dan sainga TNB Liga Hoki Malaysia 2021 dijangka akan berlangsung pada bulan Mac depan.

Ia susulan keputusan kerajaan menerusi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersetuju untuk membenarkan pasukan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M, TNB MHL dan Liga Sepaktakraw (STL) untuk memulakan latihan menerusi konsep gelembung sukan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula Isnin depan.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan jadual sepak mula bagi Liga M dijangka akan kekal pada perancangan asal iaitu 5 Mac.

Ia susulan jadual padat pasukan pasukan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier serta Piala Malaysia, malah MFL juga perlu memberi perhatian kepada Johor Darul Takzim yang turut terlibat dala saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) serta dua lagi pasukan, Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC yang akan beraksi di Piala AFC.

Aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023  melibatkan skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe pula berkemungkinan akan dipinda ke bulan Jun berbanding Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan, pihaknya berterima kasih dengan kerajaan serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diatas kebenaran yang telah diberikan.

MFL aka mengadakan mesyuarat secara maya melibatkan semua Ketua Pegawai Eksekutif pasukan untuk membincangkan perkara ini denga lebih lanjut.

Selain Liga M, sukan hoki turut menarik nafas lega selepas turut mendapat kebenaran untuk memulakan sesi latihan.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pula meletakkan tarikh 11 Mac hingga 10 April bagi memulakan saingan TNB MHL 2021 memandangkan penundaan Trofi Juara Juara Asia (ACT) di Bangladesh telah ditunda.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal nyata berterima kasih kepada KBS yang berusaha untuk mendapatkan kebenaran bagi menganjurkan TNB MHL 2021.

Saingan melibatkan pasukan lelaki dijangka akan bermula pada 11 Mac manakala pasukan wanita akan bermula pada 17 Mac.

Tambahnya, KHM akan menubuhkan satu jawatankuasa pasukan petugas khas di bawah Jawatankuasa Pertandingan bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) pada minggu ini untuk membincangkan SOP terlibat dengan lebih terperinci. 

TNB MHL 2021 pada awalnya dijadual berlangsung dari 14 Januari hingga 20 Februari melibatkan pasukan lelaki sementara saingan bagi pasukan wanita dijadual bermula dari 20 Januari hingga 20 Februari namun terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada bulan lepas.

 

- Advertisement -