SKUAD taekwondo Sarawak hadir dengan semangat tinggi pada SUKMA XVII di Perlis selepas mencatat kejayaan memberangsangkan pada Kejohanan TKS Kelima di Bangkok, baru-baru ini.
Pengerusi Teknikal Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS), Tan Check Joon berkata, atlet negeri itu amat fokus untuk mengulangi persembahan baik dalam kejohanan dua hari di Bangkok lalu, dan menyandarkan harapan emas menerusi Dayang Farhanah Abang Sazali, Marena Tee Sulariffin, Virtlam Umpau, Chai Chun Hui dan Mohd Amirul.
Skuad yang turut dibimbing ketua jurulatih dari Thailand, Kochphoom Nimmit itu turut diangggotai Audrey Nu Alexander Mula, Cynthia Li dan Tie Ton Siong yang meraih pingat perak manakala Enzo Scifo membawa pulang gangsa dari Bangkok.
“Pasukan kami semakin meningkat naik dan saya yakin mereka akan dapat mengekalkan persembahan baik ini pada SUKMA Perlis nanti,” kata Check Joon.