Pemain pasukan Terengganu FA, TchĂ©tchĂ© KiprĂ© dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi edisi Jun 2018.

Anugerah dan hadiah berkenaan disampaikan oleh Penolong Jurulatih Pasukan Terengganu FC, Mohd Bin Din dan turut bersama pada majlis tersebut adalah Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya; Bendahari PFAM, Rudie Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail di Vivatel Kuala Lumpur hari ini.

“Anugerah ini saya tujukan khas kepada rakan – rakan sepasukan yang memberikan sokongan dan sudah pasti ia tidak akan berlaku tanpa sokongan mereka yang banyak membantu saya untuk menjaringkan gol.”

“Hal ini merupakan motivasi tambahan kepada saya dan pasukan menjelang pertemuan dengan Selangor pada malam ini yang mana kami berpeluang mendapat tempat kedua dalam saingan liga jika menang pada malam ini.”

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Tchétché Kipré memenangi anugerah pemain terbaik bulanan selepas beliau melakukannya pada edisi Sepetember 2017 untuk saingan Liga Premier musim lepas.

Pemain berasal dari Ivory Coast itu mendapat undian sebanyak (41.33% – 968 Undi) sekaligus menewaskan empat calon lain iaitu Rufino Segovia dari Selangor (32.32% – 757 Undi), Hariss Harun dari JDT (14.69% – 344 Undi), Fernando Marquez dari JDT (7.98% – 187 Undi) dan Indra Putra Mahayudin dari Kuala Lumpur FA (3.67% – 86 Undi).

- Advertisement -