_mg_9103

Oleh Ku Mohd Lufti

Dengan hanya satu lagi peringkat perlumbaan untuk ditamatkan, penyarung jesi biru selaku raja pecut Jelajah Malaysia 2016, Harrif Salleh daripada pasukan Terengganu Cycling (TSG) mengakui kesilapan percaturan mengecewakannya untuk menjarakkan kedudukan dengan dua pencabar dalam kategori raja pecut.

Selepas empat peringkat perlumbaan, Harrif mengumpul 37 mata dua mata dibezakan dengan pelumba KSPO, Seo Joon Yong.

“Breakaway berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan, walaupun kami cuba kejar sehingga penghujung perlumbaan, ia sudah terlambat.

“Tetapi Alhamdulillah saya dapat kekalkan jersi raja pecut sehingga hari ini walaupun menduduki tempat keempat diperingkat ini.

Tambahnya lagi, perlumbaan peringkat terakhir esok tidak akan dilepaskan, malah, Harrif akan memberikan yang terbaik menerusi gandingan dengan abangnya, Zambri Salleh.

“Beza dua mata bukan kedudukan selesa untuk saya, untuk esok, saya perlu berwaspada dengan dia (Seo Joon Yong ) kerana dia pastinya akan berusaha untuk berebut mata.

“Bergantung kepada abang saya untuk bersaing dengan Joon Yong atau tidak, jika Zambri tidak bersaing dengan Joon Yong, saya akan pantau dia sehingga tamat perlumbaan,” kata Harrif lagi.

Dalam pada itu, pelumba Pishgaman Giant, Arvin Moazami Godarzi melihat, juara keseluruhan hampir pasti menjadi miliknya meskipun masih berbaki satu peringkat untuk ditamatkan.

Tiada tekanan bagi pelumba berusia 26 tahun ini kerana dibawah Arvin dalam kedudukan bagi perebutan jersi kuning adalah tiga rakan sepasukan, Amir Kolahdozhagh, Reza Hossaini dan Rahim Emami.

“Saya rasa mudah untuk mempertahankan jersi ini kerana pasukan kami kuat dan saya hanya perlu memerhatikan lawan kami selain cuba menduduki empat teratas untuk mempertahankan jersi ini,” kata Arvin.

- Advertisement -