koo-kien-keat

Oleh Muhammad Aiman

Pemain beregu lelaki, Koo Kien Keat membayangkan kesediaan untuk beralih ke bidang kejurulatihan apabila dia berundur sebagai pemain pada penghujung tahun ini.

Pemain berusia 32 tahun itu mendedahkan Kejohanan SuperSeries Terbuka Denmark yang sedang berlangsung ketika ini, diikuti Terbuka China dan Hong Kong selepas ini akan menjadi tiga penampilan terakhirnya bersama Tan Boon Heong sebelum membuat keputusan menggantung raket.

Seandainya hasrat bergelar jurulatih menjadi kenyataan, antara perkara utama mahu dilaksanakan Kien Keat adalah mewujudkan suasana persaingan sihat di kalangan beregu lelaki bagi mengetengahkan lebih ramai gandingan yang boleh melakar kejayaan di pentas antarabangsa.Ā Ā 

ā€œKetika saya dan Boon Heong di dalam pasukan kebangsaan, kami bersaing secara sihat dengan Chong Tan Fook-Lee Wan Wah, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng. Ada sahaja pasangan memberi tentangan kepada kami dan mengerah kami beraksi di tahap terbaik,ā€ ujar Kien Keat yang pernah berkecimpung dalam bidang kejurulatihan bersama Granular Club di Thailand selama enam bulan sebelum kembali bergandingan dengan Boon Heong pada 2014.

Tambah Kien Keat, ā€œKetika itu tekanan adalah kurang, jika satu pasangan tersingkir awal, akan ada pasangan yang meneruskan cabaran dan melangkah jauh. Buat masa ini, saya tidak nampak ada yang memberi tentangan kepada Goh V Shem-Tan Wee Kiong dalam pasukan kebangsaan, jadi kita perlu segera mencari pasangan nombor dua dan tiga. Tidak boleh bergantung kepada hanya satu pasangan sahaja. Ini tekanan yang besar kepada mereka.ā€

Untuk rekod, Kien Keat dan Boon Heong meninggalkan pasukan kebangsaan dan bergelar pemain bebas pada 2015 setelah era gemilang mereka sebagai ā€˜beregu emasā€™ negara dilihat menghampiri noktah namun pada hakikatnya pencapaian mereka selepas itu masih tetap boleh dibanggakan.

Mereka ketika ini berada di ranking ke-16 dunia, pasangan kedua terbaik negara selepas V Shem-Wee Kiong yang menduduki ranking ketujuh dunia malah turut dipanggil semula untuk beraksi di pusingan akhir Piala Thomas Mei lalu kerana prestasi mereka dilihat lebih meyakinkan berbanding pasangan beregu lain.

Antara kemuncak kejayaan Kien Keat sepanjang 10 tahun bergandingan bersama Boon Heong di dalam pasukan kebangsaan adalah memenangi pingat emas Sukan Asia 2006 di Doha manakala setahun kemudian mereka melakar sejarah menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka All England.Ā  Ā Ā 

- Advertisement -