JUARA dua kali Terengganknau mengukuhkan kedudukan untuk mara ke pusingan seterusnya selepas memenangi perlawanan kedua dengan kejayaan besar menewaskan ATM 5-1 pada perlawanan Kumpulan C TNB Piala Tun Abdul Razak (Lelaki) 2020 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.  

Corak permainan pantas Terengganu jelas mengkucar-kacir cabaran ATM dan terpaksa akur dengan Mohamad Akhimullah Anuar Esook membuka jaringan pada minit ke-24.

Bekas penyerang kebangsaan Faizal Shaari sekali lagi menyerlah dengan ledakan empat gol – tiga menerusi pukulan sudut penalti dan satu jaringan padang pada minit ke-29, 34, 35 dan 48.

Terengganu yang kini meraih enam mata penuh daripada dua perlawanan, melengkapkan saingan kumpulan menentang Kelantan pada Isnin (21 Sept). 

Dalam pada itu, PDRM menebus kekalahan di tangan Terengganu semalam dengan mencatat kemenangan besar 8-0 ke atas Kelantan dalam saingan Kumpulan C. 

Pemain pertahanan Muhammad Razie Abdul Rahim muncul wira pasukan dengan jaringan 6 gol – kesemuanya menerusi pukulan sudut penalti –  dan nyata lega dapat membantu PDRM dengan kemenangan besar itu. 

“Saya gembira dapat membantu pasukan dan menggunakan sepenuhnya kemahiran dalam pukulan sudut pendek bagi membantu pasukan dengan kejayaan besar ini,” kata Muhammad Razie selepas perlawanan. 

Bekas juara 16 kali Kuala Lumpur pula gagal memanfaat peluang mengutip mata penuh selepas diikat tanpa jaringan oleh Negeri Sembilan. Kedua-dua pasukan kini terikat dengan masing-masing empat mata  dalam Kumpulan dan D dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. 

Kuala Lumpur berdepan Sarawak pada perlawanan akhir Kumpulan manakala Negeri Sembilan berdepan Pahang Isnin ini. 

Saingan Kumpulan B pula masih terbuka luas selepas naib juara tahun lepas Johor dan bekas juara Selangor terikat 1-1. Ketika Johor hamper meraikan kejayaan setelah mendahului kedudukan seawak minit ke-8 menerusi Muhammad Shahairul Rusyaidi, Selangor menarik nafas lega apabila Mohamad Norshahrezan Mat Jusoh menyamakan kedudukan pada lima minit terakhir permainan. 

Dalam saingan wanita pada sebelah pagi, Selangor mengukuhkan kedudukan mara ke pusingan seterusnya apabila mengetepikan Pulau Pinang 3-0 dengan penjaring terbanyak Fatin Naimah Zaki (3 gol) menambah satu lagi jaringan peribadi. 

Perak pula meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu untuk membuka laluan ke pusingan seterusnya. 

Perak dan Pulau Pinang terikat dengan 3 mata dalam Kumpulan A dan perlu memastikan kemenangan pada perlawanan seterusnya untuk memastikan tiket ke pusingan seterusnya.

PDRM pula melengkapkan saingan hari kedua dengan menduduki tangga teratas Kumpulan C selepas menewaskan ATM 2-0. 

 

KEPUTUSAN (LELAKI) SABTU, 19 September

PDRM mln KELANTAN 8-0

TERENGGANU mln ATM 5-1

KUALA LUMPUR – NEGERI SEMBILAN 0-0

JOHOR – SELANGOR 1-1 

 

KEPUTUSAN (WANITA) SABTU, 19 SEPT

SELANGOR mln PULAU PINANG 3-0

PERAK mln  TERENGGANU 2-1
PDRM mln ATM 2-0

JADUAL PERLAWANAN HARI KETIGA (LELAKI), AHAD, 20 SEPT

KUMPULAN A: 

PULAU PINANG mln PERLIS

KUMPULAN B: 

PERAK mln SABAH

KUMPULAN C: 

ATM mln PDRM

KUMPULAN D: 

PAHANG mln KEDAH

 

JADUAL PERLAWANAN HARI KETIGA (WANITA) AHAD, 20 SEPT 

KUMPULAN B

PAHANG mln KUALA LUMPUR

SARAWAK mln MELAKA

KUMPULAN C

ATM mln NEGERI SEMBILAN

- Advertisement -