Hari pertama saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyaksikan pasukan Terminators dan Avengers mengungguli hari pertama kejohanan.
Terminators menang 7-4 ke atas Dominators manakala Avengers bersaing sengit sebelum menang tipis 6-5 ke atas Transformers.
Aksi diantara pasukan Terminators yang diketuai perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia tampak mendominasi hampir kesemua saingan.
Low Hang Yee-Nurfirdaus Azman gagal memberikan mata pertama selepas tewas 7-15, 12-15 di tangan Aaron Chia-Ng Eng Cheong.
Mata penyamaan Terminators hadir menerusi Bergu wanita, Chow Mei Kuan-Pearly Tan yang menang ke atas M Thinaah-Teoh Mei Xing 15-11, 15-12
Dominators menadahului 2-1 selepas Hoo Pang Roon-Shevon Lai menang 15-13, 8-15, 11-5 ke atas gandingan Chen Tang Jie-Lai Pei Jing.
Perseorangan lelaki, Ong Zhen Yi yang menang ke atas Ong Ken Yon 15-9, 15-13 untuk kembali menyamakan kedudukan dua sama.
Soniia Cheah kembali meletakkan Dominators didepan 3-2 selepas menang ke atas Lee Ying Ying straight set 15-90, 15-10 namun bergu campuran, Muhd Haikal Nazri-Low Yeen Yuan kembali mengikat kedudukan tiga sama selepas menundukkan padangan Goh Boon Zhe-Cheng Su Yin 15-12, 16-14.
Giliran Terminators mendahului 4-3 apabila Lee Shun Yang menundukkan Lim Chong king juga straight set 15-12, 15-14 sebelum perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini menyumbang mata untuk Terminators terus didepan 5- 3 selepas menang straight set ke atas Tan Zhing Yi 15-14, 15-14.
Lee Zii Jia tenang menyumbang mata keenam Terminators selepas menundukkan Ng Tze Yong 15-10, 15-13.
Acara yang pertama kali diperkenal, lelaki dan wanita tiga sepasukan turut menjadi tumpuan di pertandingan ini dimana trio Terminators, Goh Soon Huat, Low Han Yee dan Wyman Goh tewas kepada Aaron Chia, Lwi Sheng Hao, Ng Eng Cheong dalam pertarungan tiga set 13-15, 15-13, 9-11 untuk Dominators merapatkan jurang 4-6.
Namun trio wanita Chow Mei Kuan, Lai Pei Jing dan Pearly. Tan memastikan mata ketujuh Terminator selepas menundukkan M. Thinaah, Teoh Mei Xing, dan Yap Cheng Wen 15-11, 15-14.
“Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mendekatkan hubungan dioantara pemain senior dan remaja. Begitu juga dengan semangat dan suasana pertandingan yang cukup meriah.
“Saya yakin dengan rakan sepasukan, apa sahaja perlawanan kami akan berikan yang terbaik. Selepas susun kedudukan pemain kami akan berbincang dengan pemain dan kami berjaya melakukan beberapa kejutan,”kata Lee Zii Jia.
Dalam pada itu, persaingan melibatkan pasukan Avangers dengan Transformers cukup sengit sepanjang 11 perlawanan.
Mata pertama Avengers disumbang kapten pasukan Soh Wooi Yik yang bergandingan dengan Chia Weijie melakar kemenangan ke atas Chang Yee Jun-Nur Izzuddin15-13, 13-15, 11-10.
Lee Meng Yean-Toh Ee Wei bagaimanapun terlepas peluang untuk melebarkan jurang mata selepas tewas kepada gandingan Vivian Hoo-Yap Ling 12-15, 15-8 7-11.
Goh Soon Huat meletakkan Avengers didepan 2-1 selepas gandingannya bersa,a Cheah Yee See menang ke atas Yap Roy King-Peck Yen Wei straight set 15-10, 15-8.
Giliran perseorangan lelaki, Cheam June Wei menjadikan kedudukan 3-1 untuk Avengers selepas menang ke atas Justin Hoh 15-11, 11-15, 11-10.
S Kisona merapatkan jurang mata untuk Transformers 2-3 selepas mengatasi Myisha Mohd Khairul straight set 15-9, 15-11 sebelum pasangan bergu campuran Wan Muhd Arif Wan Junaidi-Cheng Su Hui menang ke atas gandingan Rayner Beh Chun Meng-Valeree Siow Zi Xuan 15-14, 15-12 untuk mengikat kedudukan tiga sama.
Leong Jun Hao kembali meletakkan Transformers didepan 4-3 selepas menang ke atas Shaqeem Eiman 15-9, 15-11.
Namun, Eoon Qi Xuan kembali menyuntik semangat rakan sepasukan selepas menundukkan Khor Jing Wen 15-13, 15-8 untuk kembali mengikat kedudukan empat sama.
Jacky Kok Jing Hong kembali meletakkan Avengers didepan 5-4 selepas menundukkan Aidil Sholeh 15-12, 8-15, 11-7 sebelum trio lelaki, Goh Soon Huat, Soh Wooi Yik dan Tee Kai Woon menang ke atas Chang Yee Jee, Man Chong Wei dan Nur Izzuddin 15-10, 10-15, 11-7.
Peck Yen Wei,Vivian Hoo dan Yap Ling mencuri satu mata untuk Transfromers selepas menang ke atas Cheah Yee See, Goph Jin Wei dan Lee Meng Yean 12-15, 15 – 11, 10-11 namun sudah terlambat untuk menafikan kemenangan memihak Avengers yang dipimpin Soh Wooi Yik.
“Saya acara berpasukan ini sangat menarik kerana jarang ada peluang untuk kami dan pemain pemain remaja berbincang bersama.
“Perlawanan pun sangat sengit dan suasana di sini cukup meriah dengan penyokong. Kami sudah menang satu perlawanan dan harap akan menang lagi,”kata Soh Wooi Yik.
Keputusan perlawanan
AVENGERS – TRANSFORMERS (6-5)
MD Chia Weijie/Soh Wooi Yik – Chang Yee Jun/Nur Izzuddin (15-13 13-15 11-10) 1-0
WD Lee Meng Yean/Toh Ee Wei – Vivian Hoo/Yap Ling (12-15, 15-8, 7-11) 0-1
XD1 Goh Soon Huat/Cheah Yee See – Yap Roy King/Peck Yen Wei (15-10, 15-8) 1-0
MS1 Cheam June Wei – Justin Hoh Shou Wei (15-11, 11-15, 11-10) 1-0
WS1 Myisha Mohd Khairul – S. Kisona (9-15, 11-15) 0-1
XD2 Rayner Beh Chun Meng/Valeree Siow Zi Xuan – Wan Muhd Arif Wan Junaidi/Cheng Su Hui (14-15, 12-15) 0-1
MS2 Shaqeem Eiman – Leong Jun Hao (9-15, 11-15) 0-1
WS2 Eoon Qi Xuan – Khor Jing Wen (15-13, 15-8) 1-0
MS3 Jacky Kok Jing Hong – Aidil Sholeh (15-12, 8-15, 11-7) 1-0
3’s (M) – Goh Soon Huat+Soh Wooi Yik+Tee Kai Woon –
Chang Yee Jun+Man Wei Chong+Nur Izzuddin (15-11, 10-15, 11-7) 1-0
3’s (W) Cheah Yee See+Goh Jin Wei+Lee Meng Yean –
Peck Yen Wei+Vivian Hoo+Yap Ling (15-12, 11-15, 10-11) 0-1
TERMINATORS – DOMINATORS (7-4)
MD Low Hang Yee/Nurfirdaus Azman – Aaron Chia/Ng Eng Cheong (7-15, 12-15) 0-1
WD Chow Mei Kuan/Pearly Tan – M. Thinaah/Teoh Mei Xing (15-11 15-12) 1-0
XD1 Chen Tang Jie/LAI Pei Jing – Hoo Pang Ron/Shevon Lai (13-15, 15-8, 5-11) 0-1
MS1 Ong Zhen Yi – Ong Ken Yon (15-9, 15-13) 1-0
WS1 Lee Ying Ying – Soniia Cheah (9-15, 10-15) 0-1
XD2 Muhd Haikal Nazri/Low Yeen Yuan – Goh Boon Zhe/Cheng Su Yin (15-12, 16-14) 1-0
MS2 Lee Shun Yang – Lim Chong King (15-12, 15-14) 1-0
WS2 Siti Nurshuhaini Azman – Tan Zhing Yi (15-14, 15-14) 1-0
MS3 Lee Zii Jia – Ng Tze Yong (15-10, 15-13) 1-0
3’s (M) – Goh Soon Huat +Low Han Yee+Wyman Goh – Aaron Chia+Lwi Sheng Hao+Ng Eng Cheong (13-15, 15-13, 9-11) 0-1
3’s (W) – Chow Mei Kuan +Lai Pei Jing+Pearly. Tan – M. Thinaah +Teoh Mei Xing+Yap Cheng Wen (15-11, 15-14) 1-0