Jurulatih skuad bolasepak 5-sebelah Thailand, Chaiyaporn Sanidwong Na Ayutthaya menganggap ianya misi sukar untuk pasukannya merampas pingat emas dari Malaysia di temasya Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

Acara bolasepak 5-sebelah akan bermula pada Isnin di Stadium Hoki Bukit Jalil dan Chaiyaporn berpendapat Malaysia akan sekali lagi menjadi pilihan untuk mempertahankan emas yang dimenangi pada temasya 2015 di Singapura.Ā 

JurulatihĀ  berusia 57 tahun itu berkata Thailand yang merupakan finalis di Singapura tidak meletakkan sebarang sasaran tinggi memandangkan mereka tidak mempunyai masa yang panjang untuk membuat persiapan. Ā 

ā€œKami hanya ada empat bulan untuk buat persiapan, jadi kami datang ke sini dengan harapan hanya untuk membuat yang terbaik dan tengoklah apa yang berlaku nanti. Malaysia sebagai juara bertahan dan tuan rumah punyai kelebihan, dan saya lihat Vietnam juga boleh memberi tentangan sengit.

ā€œKita akan membuka tirai dengan menentang Malaysia, saya jangkakan satu perlawanan yang sukar. Ā tetapi kami tidak akan beri laluan mudah.

ā€œSaya percaya dengan kemampuan pemain muda dan juga pemain yang mempunyai masalah penglihatan ini, mereka bekerja keras dan mendengar arahan selain menunjukkan semangat juang dan determinasi yang tinggi,ā€ ujar Chaiyaporn yang mempunyai Lesen Kejurulatihan ā€˜Cā€™ Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).Ā 

Untuk edisi kali ini, Thailand mengekalkan tiga daripada 10 pemain yang beraksi pada edisi 2015 dan mereka juga telah memanggil semula lima pemain tonggak yang memenangi pingat emas pada Sukan Para ASEAN 2013 di Myanmar. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -