zulfadli.6

Oleh Ku Mohd Lufti

Dua wakil negara gagal meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir selepas tewas kepada lawan masing masing di pusingan kedua.

Perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkifli gagal melangkah ke peringkat suku akhir selepas tewas kepada pilihan keenam dari Taiwan, Son Wan Ho dengan keputusan straight set dalam masa 44 minit.

Zulfadli hanya mampu mengikat kedudukan 4 sama di set pertama sebelum Wan Ho jauh meninggalkan pemain ranking ke 33 dunia ini untuk menutup set pertama dengan kemenangan 21-15.

Aksi lebih bertenaga dipamer zulfadli di set kedua apabila berjata mendahului 8-2 pada satu ketika dan tampak selesa untuk memburu kemenangan di set kedua.

Namun Wan Ho bangkit dengan permainan yang lebih kemas untuk merapatkan jurang sehinggalah kedudukan terikat 14 sama.

Zulfadli tampak tidak mampu membaca corak permainan Son Wan Ho yang terus meninggalkannya selepas itu sekaligus akur tewas 14-21.

Terdahulu, beregu campuran, Tan Kian Meng – Lai Pei Jing turut terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pilihan kedua Praven Jordan – Debby Susanto dari Indonesia.

Kian Meng – Pei Jing bangkit daripada ketinggalan di set pertama selepas tewas 20-22 untuk melakar kemenangan 21-14.

Set penentuan jelas mahu dikuasai Tan Kian Meng – Lai Pei Jing untuk menerukan kemaraan ke suku akhir.

Namun, tentangan daripada gandingan Malaysia hanya bertahan diawal set sahaja sebelum Praveen dan Debby mengorak langkah sekaligus menutup saingan puisngan kedua dengan 21-16 selepas bertarung selama 63 minit.

- Advertisement -