scg-thailand-open-2016Oleh Ku Mohd Lufti

Goh Jin Wei mengetuai cabaran Malaysia di Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Thailand ke peringkat separuh akhir di Stadium Nimibutr di Bangkok.

Juara remaja dunia itu menewaskan rakan senegara, Ho Yen Mei dengan kemenangan straight set 21-17 dan 21-13 di peringkat suku akhir.

Jin Wei yang berusia 16 tahun akan bertemu pemain pilihan ketiga tuan rumah, Busanan Ongbamrungphan yang terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain Singapura, Xiaoyu Liang 20-22, 21-13 dan 21-12.

Pasangan beregu profesional negara, Lim Khim Wah-Ong Jian Guo juga mara ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan ketiga, Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet dari Thailand dengan 21-15, 17-21 dan 21-14.

Pasangan beregu campuran kedua negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga mara ke separuh akhir menewaskan beregu pilihan keenam, Liao Min Chun-Chen Hsiao Huan dari Taiwan 21-15, 19-21,21-11.

- Advertisement -