Bergu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal beraksi bagi penentuan pingat gangsa Tokyo 2020 dan dijadual bertemu pilihan kedua dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Aaron dan Wooi Yik yang turun beraksi di pentas olimpik buat pertama kali turun menentang pilihan ketiga dari China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen di peringkat separuh akhir untuk memburu slot ke pentas final.

Aksi yang cukup mantap dipamerkan Aaron dan Wooi Yik yang memberi tentangan sengit kepada bergu China hingga memaksa aksi berlarutan ke deuce sebelum tewas 22-24.

“Lepas set pertama mental kami mengalami sedikit tekanan dan keyakinan juga agak menurun tetapi kami cuba paksa untuk kembali mencari rentak permainan.

“Kami rasa set pertama terbazir kerana jika kami menang, pasti akan berlaku cerita berbeza,”kata Aaron.

Aaron dan Woo Yik yang muncul naib juara kumpulan D ketika di peringkat kumpulan cuba untuk bangkit dan memenangi set kedua namun Jun Hui-Yu Chen tampak sukar untuk dicabar sebelum tewas 13-21 sekaligus bakal beraksi di penentuan pingat gangsa petang esok.

Mereka akan berdepan pilihan kedua dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

“Kami terlalu memikirkannya dan hanya akan turun berlawan dengan mereka,”katanya lagi.

Sementara penentuan pingat emas menyaksikan pertarungan diantara Li Jun Hui-Liu Yu Chen dari China dengan pasangan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

- Advertisement -