
Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke separuh akhir kejohanan Seluruh England selepas menundukkan gandingan senior Koo Kien Kea, Tan Boon Heong.
V Shem, Wee Kiong yang berada di ranking ke-16 dunia bertarung selama mengambil masa 49 minit melakar kemenangan straight set 21-19, 22-20.
Di peringkat separuh akhir, V Shem dan Wee Kiong akan berdepan bergu dari Jepun yang juga pilihan keenam kejohanan , Hiroyuki Endo,Kenichi Hayakawa.
Gandingan negara matahari terbit ini menang straight set ke atas pilihan ketiga dari China. Fu Haifeng,Zhang Nan,21-19, 21-12.
Jika berjaya mengatasi Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong akan berdepan samada pilihan utama, Lee Yong Dae,Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan atau pasangan Rusia, Vladimir Ivanov, Ivan Sozonov.





























