Gelanggang keramat pasukan kebangsaan Vietnam , Stadium My Dinh akan menjalani proses naik taraf untuk dijadikan hos temasya Sukan SEA 2021.

Peruntukkan kira kira USD 6.4 juta atau VND 150 bilion akan dikeluarkan bagi kerja kerja menaik taraf yang dijadual bermula pada bulan Oktober depan.

Rumput yang digunakan di stadium tersebut akan diganti dengan yang baru selepas kali terakhir ditukar pada 2011.

Pengarah Stadium My Dinh, Nguyen Viet Tien memetik laporan media tempatan berkata, kompleks sukan kebangsaan telah pun selesai dinbaik taraf yang meliputi fasiliti trek dan balapan yang menelan belanja sekitar USD 1.71 juta (VND 40 bilion).

Malah, pakar dari Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga telah dipanggil untuk mendapatkan sijil kelulusan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.

Selain menaik taraf trek, IAAF juga menetapkan trek tambahan untuk sesi pemanas badan perlu disediakan jika mahu mendapatkan kelulusan bagi menganjurkan kejohanan antarabangsa.

 Tiada sebarang acara olahraga diadakan di stadium itu sejak 2012 susulan kualiti trek yang tidak memuaskan.

Trek yang baru itu dijangka akan diuji oleh Persekutuan Olahraga Vietnam menerusi kejohanan peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung sekitar November.

Namun ia mungkin tidak akan dijalankan di My Dinh kerana kerja kerja menaik taraf masih lagi berjalan dan berkemungkinan besar akan diadakan di Saigon samada penghujung September atau awal Oktober.

Berdasarkan jadual menaik taraf stadium, tidak mustahil ia boleh dimulakan lewat dua minggu berbanding jadual asal kerana Persekutuan Olahraga Vietnam menjelaskan kejohanan olahraga kebiasaannya memakan masa diantara 7 ke 10 hari.

Pusat Sukan dan Latihan Hanoi yang terletak berdekatan dengan Stadium My Dinh akan dimanfaatkan sebagai pusat latihan atlet negara itu.

Sementara kerja kerja menaik taraf sedang berjalan, skuad bolasepak kebangsaan Vietnam perlu mencari venue alternatif untuk sebarang pertandingan antarabangsa 

Sukan SEA 2021 akan menampilkan acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik dan kerajaan pusat telah menetapkan sekurang kurangnya dua pertiga sukan yang dipertandingkan adalah acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

Ini merupakan kali kedua Vietnam menganjurkan Sukan SEA selepas kali pertama menjadi tuan rumah pada 2003

Edisi 2019, Vietnam menamatkan saingan ditangga kedua keseluruhan dengan 98 pingat emas 85 perak dan 105 pingat gangsa 

 

- Advertisement -