fadli.imam

Selepas sembilan bulan insiden kemalangan serius di Litar Sentul, Indonesia, keadaan Mohd Zamri Baba dan M. Fadli Immammuddin kini semakin pulih dan proses pemulihan berjalan dengan baik.

Menjelang saingan pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan memasuki musim ke-21 bermula di Litar Johor, Pasir Gudang pada 1 dan 2 April ini, pihak Kejuaraan ingin memberikan penghormatan kepada kedua-dua pelumba yang tidak pernah berhenti berjuang sehingga ke hari ini.

Pelumba Malaysia, Mohd Zamri sudah mula mampu untuk berkata-kata disamping terus menjalani proses untuk meningkatkan tahap pergerakannya. Pada masa sama, pelumba itu terus menerima pembiayaan rawatan dari pasukan MUSASHi Boon Siew Honda yang turut menyambung kontrak pelumba itu dimana Zamri akan terus menerima pelbagai faedah sebagaimana ketika masih berlumba.

“Insiden kemalangan itu tidak menjejaskan memori Zamri. Dia masih ingat tentang kemalangan yang berlaku dan berminat apabila kami menunjukkan keputusan perlumbaan jika terdapat sebarang perlumbaan,” jelas pengurus MUSASHi Boon Siew Honda Racing, Zulhelmi Ahmad.

“Malah doktor yang merawat juga terkejut dengan perkembangan yang ditunjukkan Zamri. Dia pulih lebih cepat dari yang dijangka. Bagi meningkatkan lagi semangat Zamri, dia juga telah beberapa kali dibawa melawat ke perlumbaan Cub Prix dan mampu memberi reaksi serta berkomunikasi dengan rakan-rakannya.”

Sementara itu, pelumba Indonesia, M. Fadli pula menjalani latihan fizikal secara berterusan bagi meningkatkan lagi daya pergerakannya. Pelumba Astra Honda Racing itu turut dilantik sebagai jurulatih akademi Honda Racing School dan menunjukkan kesungguhan untuk kembali menunggang jentera secepat mungkin.

ZAMRI, FADLI WELL INTO THEIR RECOVERY PROCESS

Nine months after their serious crashes at the Sentul Circuit, riders Mohd Zamri Baba and M. Fadli Immammuddin are doing very well in their recovery process. As the FIM Asia Road Racing Championship prepares to embark on its 21st season this coming April 1 and 2 at the Johor Circuit, the Championship would like to take this opportunity to pay tribute to two riders who have never stopped fighting.

Malaysian rider Mohd Zamri Baba has regained his speech abilities and is now working hard to improve on his mobility. Team MUSASHi Boon Siew Honda continues to foot his treatment and rehabilitation process, on top of extending his contract and salary.

“The incident has not affected Zamri’s memory. He remembers how he crashed and takes keen interest in the results posted by his team mates and friends,” said MUSASHi Boon Siew Honda team manager, Zulhelmi Ahmad. “Even his doctors were surprised at the progress he had made within such a short frame of time. To keep his spirits up, Zamri has visited Cub Prix races several times where he is now able to communicate with his friends.”

Indonesian rider, M. Fadli Immammuddin has also regained his mobility and is training hard to build up his physical stamina. The Astra Honda Racing Team rider has recently been confirmed as coach for Indonesia’s Honda Racing School and has indicated that he would like to be back on a bike as soon as possible.

- Advertisement -