zahqwan.4

Round Eight of the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship produced another brilliant race on Sunday as Zaqhwan Zaidi extended his CP130 championship lead to 32-points with another convincing win while Khairul Idham Pawi clinched the WIRA title at Stadium Syed Putra Kangar, Perlis.

Despite a botched start, Zaqhwan of Givi Honda Yuzy Racing had no problems dialing into the demands of the new Kangar track, wrapping up the 18-lap race in 12’53.387s after a lengthy battle with Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha CKJ) who was forced to settle for second place in 12’55.396s.

Mohd Iskandar Raduan (Yamalube AHM) completed the podium in third place with 12’56.328s.

Zaqhwan’s closest title rival, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) who was hoping to get on the podium crashed in the opening lap while leading the race but recovered and finished 10th.

“My start has always been weak – Norizman and Affendi capitalized on my disadvantage to steal the holeshot. If the former did not crash in the first lap, I doubt we would be celebrating another win today,” said Zaqhwan.

“But even without Norizman fighting at the front, the race was extremely challenging. I think Affendi has the better bike today because I had to push really hard to close the gap and it took me 10-laps to pass him. Even so, he was still tailing me after that but luckily he made a mistake towards the end and I used that opportunity to escape,” he added.

“All in all, Kangar has proven to be another exciting race and I have managed to create a comfortable gap from Norizman in the standings. Of course none of this is possible without the team’s support. Hopefully we can keep the momentum rolling for the next round in Jempol,” he said.

Hauling maximum points from this leg, Zaqhwan now leads the CP130 standings with 145 points with Norizman second and Ahmad Afif third, 113 points and 111 points respectively.

Meanwhile, Khairul knew that he only needed to finish 15th to clinch the WIRA title as he held a commanding 74-point lead over closest rival Afiki Supaat but despite the advantage, the 16-year old delivered another outstanding performance to secure his seventh consecutive victory for the season, putting an end to the championship chase with 191 points.

The Kozi Yam Honda Racing completed the 12-lap race in 8’57.428s followed by Mohd Fairuz Nasir (Felda Pbafb Tech Racing) second and Mohd Azam Omar (PETRONAS Yamaha) third with 9’01.802s and 9’05.021s respectively.

“I am over the moon because this is my first Cub Prix open-make title. All our efforts and hard work paid off and I would like to extend my thanks to the team and sponsors for believing in me,” said an elated Khairul.

Speaking about his plans now that he’s secured the WIRA title, “The management has decided that I will remain in this class (WIRA) until the end of the season. As eager as I am to immediately move up, they know better what is best for me. But surely we will move up to the CP115 next season.”

Lastly, Motul Yamaha YY Pang’s domination in the CP115 continues as Mohd Izzat Zaidi Salehan secured his fifth win on the 949 metre Kangar track, making him the new intermediate class championship leader with 153 points.

The 18-year old dominated the 15-lap race from start to finish, completing it in 10’56.430s ahead of Abdul Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) with 10’59.171s and Kangar-born Elly Idzlianizar Ilias (M Seki Liberty Honda), 11’00.850s.

 

Race Results

CP130

Race

1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 12’53.387s 2.Affendi Rosli (Yamaha) 12’55.396s 3.Iskandar Raduan (Yamaha) 12’56.328s 4.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 13’01.414s 5.Taufiq Roslan (Yamaha) 13’04.602s

 

Overall Standings

1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 145 points 2.Norizman Ismail (Honda) 113 points 3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 111 points 4.Affendi Rosli (Yamaha) 96 points 5.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 83 points

 

Team Awards

1.PETRONAS Yamaha CKJ 207 points 2.Givi Honda Yuzy Racing 203 points 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 166 points 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 141 points 5.Motul Yamaha YY Pang 125 points

 

CP115

Race

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 10’56.430s 2.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 10’59.171s 3.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 11’00.850s 4.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 11’09.998s 5.Rozaliman Zakaria (Yamaha) 11’10.839s

 

Overall Standings

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 153 points 2.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 139 points 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 113 points 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 96 points 5.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 75 points

 

Team Awards

1.Motul Yamaha YY Pang A 266 points 2.Motul Yamaha YY Pang B 177 points 3.Givi Honda Yuzy Racing 145 points 4.M Seki Liberty Honda 123 points 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 101 points

 

WIRA

Race

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 8’57.428s 2.Fairuz Nasir (Yamaha) 9’01.802s 3.Azam Omar (Yamaha) 9’05.021s 4.Noor Edrin Ezurin (Yamaha) 9’06.820s 5.Izrul Huzaimie Amran (Yamaha) 9’08.067s

 

Overall Standings

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 191 points 2.Afiki Supaat (Yamaha) 92 points 3.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 76 points 4.Harith Farhan Baharin (Honda) 75 points 5.Fairuz Nasir (Yamaha) 74 points

 

ZAQHWAN RAIH JUARA KELIMA, KHAIRUL IDHAM SAH JUARA WIRA 2014

Selepas dua pusingan gagal bergelar juara, Mohd Zaqhwan Zaidi kembali meletakkan nama selaku pemenang sekaligus meraih kemenangan kelima peribadi musim ini dalam saingan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Kangar, Perlis, hari ini.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12’53.387s menewaskan Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha-CKJ) yang berada di kedudukan kedua dengan masa 12’55.396s. Mohd Iskandar Raduan (Yamalube AHM) berjaya meraih podium pertama dalam kelas CP130 setelah menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 12’56.328s.

“Permulaan saya tidak begitu baik. Affendi dan Norizman Ismail yang bermula dari petak kedua dan ketiga memecut laju dan mendahului kedudukan sebaik perlumbaan bermula sebelum Norizman terjatuh pada selekoh kedua dan membolehkan Affendi mendahului perlumbaan.

“Saya kekal mengekori di belakang sehinggalah pada satu ketika saya lihat Affendi pula melakukan kesilapan dan akhirnya saya berjaya memintas dan mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelas Zaqhwan.

Gelaran juara membolehkan Zaqhwan selesa di kedudukan teratas dengan 145 mata manakala Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang berjaya meneruskan perlumbaan selepas terjatuh kekal di tangga kedua dengan 113 mata. Tempat ketiga milik Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) dengan 111 mata.

Menyentuh tentang peluang bergelar juara keseluruhan pada pusingan kedua terakhir di Jempol, Negeri Sembilan, awal November ini, Zaqhwan berkata, “Memang peluang agak terbuka jika saya berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Norizman. Namun masih terlalu awal untuk memikirkannya. Saya tidak mahu ia mendatangkan tekanan kepada saya. Apa yang penting saya perlu menamatkan saingan di atas podium,” jelas Zaqhwan.

Sementara itu, Khairul Idham Pawi mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan Wira musim 2014 dengan bergaya apabila berjaya meraih gelaran juara di Kangar sekalius meraih kemenangan ketujuh daripada lapan perlumbaan yang telah berlangsung.

Pelumba Kozi Yam Honda Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 8’57.428s menewaskan Fairuz Nasir (Felda Pbafb Tech Racing) yang menduduki tempat kedua dengan masa 9’01.802s. Tempat ketiga dimenangi Mohd Azam Omar (PETRONAS Yamaha) dengan masa 9:05.021s.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua pihak terutama pasukan, penaja, keluarga dn juga rakan-rakan yang menyokong saya selama ini. Saya sangat gembira kerana bukan sahaja bergelar juara keseluruhan, malah saya juga turut meraih gelaran juara pada perlumbaan ini seperti apa yang saya inginkan iaitu meraih kejayaan berganda di Perlis,” jelas Khairul Idham.

Dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlumbaan, Khairul Idham telah mengumpul 191 mata, 99 mata mengatasi Mohd Afiki Supaat (Jetron Apido Team PJM) yang berada di kedudukan kedua dengan 92 mata. Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda Pbafb Tech) ketiga dengan 76 mata.

Mengulas tentang perancangan pada baki dua perlumbaan akan datang, Khairul Idham berkata, “Pasukan memutuskan untuk saya terus beraksi dalam kategori Wira ini kerana mereka tidak mahu memberikan tekanan kepada saya memandangkan usia saya yang masih muda untuk berdepan cabaran pelumba senior. Mungkin hanya pada tahun hadapan saya akan beralih ke kelas lain setelah saya cukup bersedia, begitu juga dengan pasukan.”

Dalam kategori CP115, Mohd Izzat Zaidi Salehan merampas kedudukan pendahulu keseluruhan dari rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal setelah menjuarai perlumbaan dengan masa keseluruhan 10’56.430s manakala Zaidy gagal menamatkan perlumbaan setelah terbabit kemalangan pada pusingan keenam.

Mengekori di belakang pelumba Motul Yamaha YY Pang itu ialah Abdul Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 10’59.171s, juga podium pertama sejak beralih ke kategori CP115 pada musim ini. 

Dalam pada itu, beraksi di halaman sendiri memberi kelebihan buat Elly Idzlianizar Ilias (M Seki Liberty Honda) apabila berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 11’00.850s.

Mohd Izzat kini mendahului trio YY Pang dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 153 mata diikuti Zaidy kedua, 139 mata manakala Tengku Amirul Haffirudin yang turut gagal menamatkan perlumbaan kekal di tangga ketiga dengan 113 mata.

Keputusan

CP130

Final

1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 12’53.387s 2.Affendi Rosli (Yamaha) 12’55.396s 3.Iskandar Raduan (Yamaha) 12’56.328s 4.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 13’01.414s 5.Taufiq Roslan (Yamaha) 13’04.602s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 145 mata 2.Norizman Ismail (Honda) 113 mata 3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 111 mata 4.Affendi Rosli (Yamaha) 96 mata 5.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 83 mata

 

Anugerah Berpasukan

1.PETRONAS Yamaha CKJ 207 mata 2.Givi Honda Yuzy Racing 203 mata 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 166 mata 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 141 mata 5.Motul Yamaha YY Pang 125 mata

 

CP115

Final

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 10’56.430s 2.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 10’59.171s 3.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 11’00.850s 4.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 11’09.998s 5.Rozaliman Zakaria (Yamaha) 11’10.839s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 153 mata 2.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 139 mata 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 113 mata 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 96 mata 5.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 75 mata

 

Anugerah Berpasukan

1.Motul Yamaha YY Pang A 266 mata 2.Motul Yamaha YY Pang B 177 mata 3.Givi Honda Yuzy Racing 145 mata 4.M Seki Liberty Honda 123 mata 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 101 mata

 

WIRA

Final

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 8’57.428s 2.Fairuz Nasir (Yamaha) 9’01.802s 3.Azam Omar (Yamaha) 9’05.021s 4.Noor Edrin Ezurin (Yamaha) 9’06.820s 5.Izrul Huzaimie Amran (Yamaha) 9’08.067s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 191 mata 2.Afiki Supaat (Yamaha) 92 mata 3.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 76 mata 4.Harith Farhan Baharin (Honda) 75 mata 5.Fairuz Nasir (Yamaha) 74 mata

- Advertisement -