Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia telah menerima suntikan dos pertama Vaksin Covid 19 hari ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann menjelaskan kepada BERNAMA, Zii Jia telahpun puih daripada demam dan telah memulakan latihan seperti biasa.

Juara Seluruh England 2021 itu sepatutnya menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech bersama sama 264 atlet dan pegawai pada Selasa lalu namun tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Zii Jia merupakan duta minuman isotonik terkemuka negara, 100PLUS.

 

- Advertisement -