Dua gangsa dari badminton

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/04/dua-gangsa-dari-badminton">
Twitter
Pinterest

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying

Pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menebus kecewa gagal melangkah ke final dengan memenangi pingat gangsa setelah menewaskan lawan masing-masing dalam aksi penentuan pada Sabtu.

Mereka mengesahkan gangsa dengan menewaskan pasangan Sri Lanka, Sachin Dias-Buwaneka Gunathilaka 21-8, 21-13 dalam masa 23 minit.

Terdahulu dalam aksi berlangsung pagi, V Shem-Wee Kiong gagal mempertahankan pingat emas dimenangi di temasya Glasgow 2014 setelah kecundang kepada Marcus Ellis-Chris Langridge dari England di peringkat separuh akhir.

“Memang kami betul-betul kecewa, tetapi kami belajar untuk menerima kekalahan dengan profesional dan kembali fokus agar tidak pulang dengan tangan kosong,” ujar Wee Kiong.

Sementara itu, Peng Soon-Liu Ying pula memenangi gangsa dengan menewaskan Satwik Rankireddy-Ashwini Ponnapa straight set 21-19, 21-19 dalam masa 47 minit.

Setakat ini pasukan badminton Malaysia sudah mengumpul satu perak dan dua gangsa – harapan terakhir Malaysia untuk mengutip pingat emas kini digalas jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei serta pasangan beregu wanita Chow Mei Kuan-Vivian Hoo yang akan turun dalam aksi final pada Ahad.

Chong Wei akan menentang pemain nombor satu dunia, Srikanth Kidambi manakala Mei Kuan-Vivian akan menentang pilihan ketiga dari England Lauren Smith-Sarah Walker. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Please follow and like us:
0