Kalendar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2019

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/kalendar-kejuaraan-cub-prix-aam-malaysia-petronas-2019">
Twitter
Pinterest

 

 

Kejuaraan Cub Prix AAM MAlaysia PETRONAS secara rasmi mengumumkan kalendar perlumbaan bagi musim 2019 dengan memperkenalkan satu venue baharu dan juga kembalinya Litar Sepang ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix.

Sama seperti musim terdahulu, kejuaraan kebangsaan yang terbuka kepada semua pengeluar (kelas terbuka) akan berlangsung sebanyak 10 pusingan semusim .

Perlumbaan pembukaan musim akan berlangsung di Jasin, Melaka pada 23 dan 24 Mac 2019.

Litar Sepang akan kembali ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix musim ini sebagai venue penutup tirai musim 2019 pada 7 dan 8 Disember.

Venue seperti di Batu Kawan, Teluk Intan, Kuala Terengganu dan Jempol akan terus berada dalam kalendar kejuaraan musim ini.

 

Kalendar kejuaraan musim 2019 seperti jadual berikut.

 

 

Please follow and like us:
0