Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Chonburi, Thailand akan membuka tirai secara rasmi pada 13 hingga 16 Mei ini di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi dengan 12 pemain Hoki Dalam Dewan Wanita Kebangsaan bersedia sepenuhnya membawa obor perjuangan Malaysia.

Selepas menjalani sesi latihan di Kuala Lumpur selama hampir dua bulan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini menerusi Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan KHM, En. Shurizan Mansor, secara rasminya menyenaraikan 12 pemain Pasukan Hoki Dalam Dewan Wanita Negara akan berlepas ke Chonburi pada awal pagi Sabtu (11 Mei)

Kejohanan yang disertai ini juga bukanlah kejohanan biasa tetapi mempertaruhkan tiket secara automatik ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan (Wanita) kepada negara yang muncul selaku Juara. Menerusi undian awal yang telah dijalankan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF), Malaysia telah diletakkan di dalam Kumpulan A bersama Kazakhstan, Iran, Nepal dan Oman sementara Kumpulan B menyaksikan persaingan antara tuan rumah, Thailand, Indonesia, Singapura, Kemboja dan Vietnam.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan KHM dan merangkap Pengurus Pasukan Hoki Dalam Dewan Negara, En. Shurizan Mansor, beliau mahukan barisan pemain mencabar diri untuk memperbaiki keputusan daripada edisi lalu di mana Malaysia menamatkan kejohanan di kedudukan ketiga dengan beraksi di pentas final pada edisi kali ini.

“Sekiranya pemain berjaya menyahut cabaran ini, ia pastinya akan menjadi pemangkin buat sukan Hoki Dalam Dewan di Malaysia khusunya untuk diberikan lebih perhatian serta bantuan penajaan.

“Jika pasukan berjaya mencipta kejutan untuk muncul juara, ia bakal melakar satu sejarah baru buat Sukan Hoki Dalam Dewan dan sekaligus bakal meraih tiket ke Piala Dunia.

“Saya berharap pemain akan memberikan komitmen sepenuhnya serta mempamerkan satu persembahan yang terbaik bagi mencapai sasaran yang cuba ingin kami gapai. Pemain juga perlu menunjukkan satu persefahaman yang jitu selain turun beraksi dengan keyakinan yang tinggi.

“Pasukan mensasarkan untuk melepasi pusingan kumpulan dan layak ke separuh akhir. Sekirnaya sasaran itu berjaya dilepasi, sasaran seterusnya adalah kami mahukan slot final. Untuk mengapai sasaran tersebut, pasukan mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar kejayaan bersama perjuangan kami.”

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Skuad Hoki Dalam Dewan Wanita Kebangsaan, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi, menjelaskan pemilihan pemain bagi skuad ke Piala Asia 2024 dilakukan oleh barisan kejurulatihan dengan menilai kebolehan teknikal yang dimiliki setiap pemain, pemahaman mereka terhadap taktikal yang diterapkan pasukan selain tahap kecergasan pemain itu sendiri.

“Apa yang penting untuk pasukan adalah semangat sepasukan selain tahap disiplin yang tinggi perlu dimiliki ini kerana kejohanan ini bukan kejohanan biasa dan setiap pasukan akan bermati-matian untuk muncul selaku juara sekaligus layak ke Piala Dunia.

“Bermula pada bulan Ramadan yang lalu, pasukan telah melakukan persiapan rapi menjelang kejohanan ini. Kami juga berjaya mengatur aksi persahabatan bersama pasukan Singapura yang sedikit sebanyak membantu kami dalam memperbetulkan kesilapan serta kekurangan yang dimiliki pasukan sebelum ke Piala Asia,” jelasnya.

Berikut merupakan barisan pengurusan dan kejurulatihan Wanita Negara di Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Chonburi, Thailand.

NONAMAPOSISI
1.Shurizan MansorPengurus Pasukan Wanita
2.Mohd Rodzhanizam Mat RadziKetua Jurulatih Wanita
3.Mohd Badrul Hisham OsmanPenolong Jurulatih Wanita
4.Saiful Azhar Mohd AfendiJurulatih Penjaga Gol Wanita

Berikut merupakan senarai 12 pemain Pasukan Hoki Dalam Dewan Negara yang menggalas misi penting di Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Chonburi, Thailand.

NONAMAPOSISI
1.Farah Ayuni YahyaPenjaga Gol
2.Nur Hazlinda Zainal AbidinPenjaga Gol
3.Fazilla Sylvester SilinPertahanan
4.Juliani Mohamad DinPertahanan
5.Nor Asfarina Isahyifiqa IsahhidunPertahanan
6.Putri Nur Batrisyia Nor NawawiPertahanan
7.Nuraslinda SaidTengah
8.Raja Norsharina Raja ShahbuddinTengah
9.Nur Atira Mohamad IsmailPenyerang
10.Iren HussinPenyerang
11.Siti Nur Arfah Mohd NorPenyerang
12.Ellya Syahirah ElliasPenyerang

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan Pasukan Hoki Dalam Dewan Wanita Kebangsaan di Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Chonburi, Thailand.

NOTARIKHMASAPERLAWANAN
  1.  13 Mei 2024 (Isnin)12:15 Tengah HariMalaysia lawan Oman
6:30 PetangMalaysia lawan Nepal
  2.  14 Mei 2024 (Selasa)11:00 PagiIran lawan Malaysia
6:30 PetangMalaysia lawan Kazakhstan
3.15 Mei 2024 (Rabu)7:30 MalamSeparuh Akhir 1
9:00 MalamSeparuh Akhir 2
4.16 Mei 2025 (Khamis)3:00 PetangKedudukan 9-10 Ke-5 Pool A lwn Ke-5 Pool B
4:40 PetangKedudukan 7-8 Ke-4 Pool A lwn Ke-4 Pool B
6:00 PetangKedudukan 5-6 Ke-3 Pool A lwn Ke-3 Pool B
7:30 MalamPerlawanan Kedudukan 3-4
9:00 MalamFINAL

** Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -