• Tottenham Hotspurs dikhabarkan hampir pasti mendapatkan pertahanan kanan Paris St Germain, Thomas Meunier. Manchester United juga sedang berusaha untuk memikat pemain berusia 28 tahun itu.

 

  • Manchester United dalam perancangan untuk mencari pengganti penjaga gol, David de Gea walaupun pemain berusia 29 tahun itu telah menanda tangani kontrak baru selama 4 tahun pada September lalu.

 

 

  • Real Madrid memberi tempoh kata putus kepada Arsenal berhubung keputusan untuk melepaskan Pierre Emerick Aubameyang ke Santiago Bernabeu pada 15 Jun depan

 

 

 

  • Atletico Madrid hanya akan bersetuju untuk melepaskan pemain pertahanan Kieran Trippier kepada Burnley dengan nilai perpindahan £20 juta.

 

 

  • Pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot dibenarkan untuk berhijrah dan memilih samada Manchester United atau Everton selepas gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di Turin.

 

 

 

 

 

 

  • Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger menganggap Liverpool akan tetap dinobat sebagai juara EPL meskipun liga itu berdepan keputusan pembatalan.

 

- Advertisement -