Pasukan Liga Malaysia kini giat melakukan perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan penuh bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2021 pada 5 Mac depan.
Meskipun pasukan sudah diberi kebenaran untuk melakukan sesi latihan di padang, pasukan dilihat masih dalam fasa untuk mencari keserasian dan mendapatkan kembali tahap kecergasan dalam perlawanan.
Justeru, perlawanan persahabatan kini dilihat menjadi elemen penting kepada persiapan pasukan Liga Malaysia agar pengendali dapat membuat penilaian terbaik terhadap kemampuan anak buah masing-masing sebelum mereka menghadapi aksi sebenar, bulan depan.
Jelas ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel, kehadiran beberapa pemain baharu ke dalam pasukan semestinya memerlukan kerja keras untuk mereka mendapat tahap keserasian terbaik, justeru hanya menerusi aksi persahabatan akan dapat menentukan sejauh mana tahap kecergasan dan prestasi mereka untuk bersedia dalam tempoh masa yang singkat ketika ini.
âSelepas lama tidak berlatih, saya kagum dengan semua pemain yang mempamerkan semangat juang tinggi dalam latihan walaupun kami hanya baru mula berlatih Isnin lalu.
âKebiasaannya apabila pra musim, kami akan lalui banyak sesi latihan untuk mempersiapkan pasukan, tetapi sekarang, kami perlu melakukan beberapa perubahan sesuai dengan situasi semasa dan untuk itu kami sudah merancang beberapa perlawanan persahabatan .
âAntara yang sudah diberi kelulusan adalah perlawanan persahabatan berdepan PDRM FC pada 20 Februari (Sabtu) dan saya ingin pastikan pemain-pemain baharu yang ada dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan dalam aksi itu nanti.
âitu yang saya ingin lihat dalam perlawanan dan sekiranya ada beberapa kelemahan, kami akan segera memperbaiknya dan sudah tentu, kemenangan yang kami ingin cariâ, jelasnya.
Selain itu, pengendali PJ City FC, P. Maniam turut sama menyifatkan anak buahnya masih belum mendapat kecergasan yang diinginkan sepenuhnya dalam latihan yang telah bermula pada Isnin lalu dan percaya ia dapat diperbaiki dengan lebih baik sebaik sahaja perlawanan persahabatan diadakan.
âHari pertama latihan, saya lihat komitmen semua pemain cukup tinggi untuk memberikan 100 peratus di atas padang, dan pada hari kedua dan seterusnya, kita boleh nampak mereka agak keletihan selepas 20 hingga 30 minit latihan.
âTetapi, pemain tetap mempamerkan kesungguhan dan saya tidak menolak daripada segi kecergasan masih lagi bukan di tahap yang kita inginkan, dan sebab itu pentingnya perlawanan persahabatan selepas ini.
âSaya percaya selepas dua atau tiga perlawanan persahabatan, tahap kecergasan pemain-pemain ini akan bertambah baik dan sebelum perlawanan pertama Liga Super bermula, pastinya kita akan dapat lihat mereka dalam keadaan terbaik 100 peratus,â jelasnya.
Setakat ini, PJ City FC masih dalam perbincangan untuk menentukan tarikh perlawanan persahabatan yang bakal diadakan pada tempoh pra musim ini.