Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari dilabel sebagai wira apabila menarik diri daripada meneruskan acara final Kelas E Putra di PAdepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia.

Beliau yang juga juara dunia pada 2016 kecewa dengan mutu pengadilan juri bertugas ketika aksinya menentang pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra dalam penentuan pingat emas.

Jufferi melakukan bantahan ketika dipenghujung pusingan ketiga dimana beliau sepatutnya meraih mata selepas melakukan pukulan yang betul.

Namun beliau kecewa dengan keputusan juri sekaligus kembali ke barisan kejurulatihan untuk mencabut reben biru miliknya menandakan tidak mahu untuk meneruskan saingan sekaligus memberikan kemenangan kepada Komang.

ā€œPerlawanan itu saya yang menang. Ketidakadilan itu jelas berlaku dan saya tidak menyalahkan sesiapa meskipun pesilat (Komang) tetapi ia adalah masalah berpunca daripada juri.

ā€œIa adalah perlawanan yang tidak adil sebab itu saya keluar dari gelanggang. Sebagai Olahragawan negara, saya kecewa dan tidak boleh menerima keputusan tersebut. Saya menghormati semua pihak tetapi saya tidak boleh nak hormat juri tersebut,ā€ katanya ketika ditemui media Malaysia selepas upacara penyampaian pingat di sini, hari ini.

 

Senario ‘tidak adil’ tampak bermula selepas pusingan kedua dimana beliau bangkit mendahului 3-2 selepas ketinggalan 1-4 pada pusingan pertama.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah dalam keadaan penuh kontroversi apabila setiap pukulan dan tendangan Al Jufferi tidak dikira beberapa juri sebaliknya markah diberikan kepada pesilat tuan rumah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan bertindak keluar daripada gelanggang.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir dan menyaksikan aksi final Al Jufferi hari ini selepas kembali daripada United Kongdom.

Menerusi laman sosial twitternya, Syed Saddiq menyifatkan pesilat negara itu sebagai pemenang di mata dan hati rakyat Malaysia meskipun menarik diri daripada meneruskan saingan.

Dalam pada itu, seorang lagi pesilat negara, Muhd Faizul M Nasir turut meraih pingat perak dalam Kelab B Putra selepas tewas kepada pesilat negara ABdul malik 0-5.

Setakat ini, kem silat negara mengumpul dua pingat perak, dan tiga pingat gangsa

 

 

- Advertisement -