Pada ketika ramai beranggapan konflik dalaman Persatuan Bolasepak Selangor dan segelintir ahli gabungannya telah selesai cara baik, nampaknya ia semakin parah dan berkemungkinan tidak akan menemui titik penyelesaian selagi Kongres Luar Biasa (EGM) tidak diadakan sepertimana diminta.

Walaupun Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengeluarkan kenyataan meminta semua pihak bersatu demi kemajuan bolasepak Selangor, lain pula kehendak ahli gabungan yang tetap tidak berganjak dengan pendirian mereka.Ā 

Dalam satu kenyataan terbaru, Presiden Kelab Bolasepak Frenz United, Roslin Shariff berkata ahli gabungan mempunyai kuasa untuk memanggil sendiri EGM seandainya FAS tidak mahu mengadakannya, berdasarkan kepada statut FAS.Ā 

ā€œMemang Tengku Amir sudah memberi kenyataan balas bahawa EGM tidak dapat diadakan kerana tidak memenuhi kuota sekurang-kurangnya separuh daripada keseluruhan ahli gabungan, tetapi kami tetap yakin mempunyai korum yang cukup untuk ianya diteruskan.

ā€œBerdasarkan Artikel 30 Perlembagaan FAS, EGM perlu dipanggil dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penyerahan memorandum iaitu 1 Oktober 2018 dan jika EGM tidak diadakan dalam tempoh tersebut, Artikel tersebut menyatakan kelab gabungan mempunyai kuasa untuk memanggil sendiri EGM dengan kerjasama dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

ā€œSekiranya perkara ini tetap tidak dapat diselesaikan, kami akan mengadakan EGM ini dengan merujuk kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan FIFA,ā€ kata Roslin yang bertindak sebagai wakil kepada semua 67 ahli kelab gabungan yang mahu EGM itu diadakan.

Konflik antara kedua-dua pihak tercetus setelah 67 daripada 96 ahli gabungan FAS menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon agar EGM dipanggil bagi merombak semula keseluruhan barisan Jawatankuasa Eksekutif persatuan itu.

Antara sebab yang dinyatakan untuk memanggil EGM ini adalah pelantikan dua naib presiden yang tidak mengikut perlembagaan; serta hak, peranan dan kepentingan ahli gabungan yang merupakan tunjang kekuatan FAS mula dipandang enteng malah dianaktirikan.

Tengku Amir dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan memorandum itu telah dipertimbangkan namun mendedahkan ada penipuan dalam tuntutan tersebut kerana ianya ditandatangani oleh ahli gabungan yang tidak sah, penandatangan yang tidak diberi kuasa, penandatangan yang muflis malah ada tandatangan palsu. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -