annuar_musa

Oleh Ku Mohd Lufti

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menafikan keputusan perletakkan jawatannya pada 8 November lalu akibat merajuk. 

Tan Sri Annuar sebaliknya menegaskan keputusan berkenaan diambil kerana ingin memberi laluan kepada individu lebih layak dan berkemampuan. 

Malah beliau tidak mahu dianggap tamak gelaran dan jawatan memandangkan telah 10 tahun bersama KAFA.

Sepanjang tempoh memimpin KAFA, Tan Sri Annuar mendedahkan terpaksa menanggung beban pencarian dana memandangkan gaji pemain telah meningkat sehingga 40 ke 50 ribu ringgit sebulan tiap seorang dan perlu membayar kepada kerajaan negeri setiap kali menjalani latihan di stadium.

“Benda ni dah lama saya tanggung, sebab saya jaga bola Kelantan, kawan-kawan saya di negeri lain dapat bermain dan ada training free.

“Saya di Kelantan kena bayar untuk venue latihan, di Kelantan pun saya kena bayar. Saya tidak cerita perkara ini dengan orang benda ini.”Kata Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun beliau bersedia membantu pasukan Kelantan pada bila-bila masa dan bersedia kembali kepada KAFA jika diperlukan kelak.

Mengulas lanjut mengenai isu peletakan jawatannya itu, Annuar berkata, beliau tidak perlu mengemukakan hasratnya itu kepada Jawatankuasa Pengurusan KAFA kerana jawatan itu bukan dilantik oleh jawatankuasa berkenaan.

- Advertisement -